#1

UMNO TIADA DASAR PERPADUAN - KELUAR UMNO SERTAI PAS

>> Selasa, Julai 20, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU KE 130

UMNO TIADA DASAR PERPADUAN - 
KELUAR UMNO SERTAI PAS

Allah Taala berfirman dalam Surah Ali Imran ayat 104


Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

   Inilah dasar perpaduan dalam Islam.  Perpaduan dalam Islam adalah berdasarkan Al-Qur'an dan Sunnah.  Bukan berdasarkan ideologi yang dibuat oleh manusia.  PAS dengan jelas menyatakan bahawa dasar PAS adalah Islam yang bersumberkan Al-Qur'an dan Sunnah.  UMNO berjuang dengan dasar ideologi manusia iaitu demokrasi yang tiada dasar perpaduan di dalamnya.  

    Oleh yang demikian maka jawapan yang tepat terhadap ajakan HARUSANI ialah bubarkan UMNO dan semua ahli UMNO menyertai PAS.  Kalau benar jujur UMNO nak bersatu atas dasar Islam maka

1)     Kerajaan Negeri Perak hendaklah diserahkan kembali kepada Pakatan Rakyat,  UMNO kena berundur.  Zambry kena letak jawatan. Jawatan MB hendaklah diserahkan kepada YB Nizar kembali

2)     Mufti Perak hendaklah membatalkan kontrak APCO kerana ini yang memecahbelahkan melayu.  APCO jelas menentang Islam.  Inilah yang didukung oleh UMNO sekarang.

3)     Mufti Perak hendaklah mendesak kerajaan pusat sekarang supaya mengembalikan semula bantuan sekolah agama rakyat yang dipotong zaman Mahathir.  Ini telah menjauhkan ramai orang daripada Islam

4)     Mufti Perak hendaklah mendesak seluruh Raja-Raja Melayu (Perlis, Kedah, Perak, Selangor, N 9, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan) menerima hukum hudud dan Qisas dan dilaksanakan dalam negara.  Kuasa pelaksanaan ini adalah pada kuasa Raja.  Mufti di bawah Raja.  Kalau ini pun tak berjaya maka bagaimana mufti nak menyatukan melayu.

UMNO cukup seronok isu melayu bersatu dimainkan.  Maka orang kampung dan Felda akan terus sokong UMNO.  Orang melayu bandar dan pinggir bandar sudah menolak UMNO.  Mufti Perak memang bekerja untuk mengekalkan UMNO terus berkuasa dan tak mahu PAS berkuasa.  Ini jelas ditunjukkan Mufti Perak semasa PR memimpin Perak.

    Wahai orang Melayu tolak UMNO.  Melayu kena tolak UMNO untuk kesejahteraan beragama yang benar mengikut Al-Qur'an dan Sunnah.  Tolak UMNO

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP