#1

UMNO TAK TERBUKA SEPERTI DEMOKRASI DI BRITAIN

>> Isnin, Julai 19, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 129

UMNO TAK TERBUKA SEPERTI DEMOKRASI BARAT, ISLAM FOR ALL
UMNO DENGAN PENYOKONG TEGAR ORANG KAMPUNG, FELDA

Allah Taala berfirman (sesungguhnya agama yang diredhai adalah Islam)

    Dalam ayat diatas jelas Allah Taala menyebut bahawa agama untuk seluruh manusia adalah Islam.  Tiada yang lain yang dapat menyelamatkan manusia melainkan Islam.  Hanya Islam yang sesuai dengan fitrah kemanuisaan tanpa mengira manusia dari kutub Utara hingga kutub selatan.

    UMNO memilih demokrasi sebagai ideologi politiknya.  Pilihan ini adalah pilihan yang salah.  Demokrasi dibuat oleh manusia maka sudah pasti banyak kesilapannya.  Demokrasi adalah dari Barat.  Ikutlah cara dan kaedah di Barat.  Antaranya

1)     Barat bersikap terbuka,  UMNO Tertutup.

2)    Media Barat memberi peluang kepada semua parti terlibat dalam membangun negara.  Dalam debat Perdana 3 Presiden parti - Parti buruh, parti konservatif dan parti buruh demokrat.  3 Presiden parti menjawab dan membentang manifesto. Rakyat terbuka membuat pilihan. Rancangan 1 jam 30 min

       UMNO tertutup.  Pakatan Rakyat tidak dibenar berdebat dalam TV.  TV milik UMNO-BN.  Macam mana rakyat Malaysia nak memilih.  Rakyat yang ada maklumat bertindak benar.  Orang kampung dan felda terus tertipu

3)     Sama ada di Amerika atau di Great Britain, tiada istilah pembangkang.  Mereka beranggapan bahawa semua parti - nation in building.  Bersama dalam membangun negara.  Dasar negara akan terus diutamakan.

UMNO anggap bahawa ada parti musuh-pembangkang.  Tiada istilah Pakatan Rakyat.  UMNO tetap guna pembangkang.  Itu sebab UMNO terus cuba rampas kuasa di negeri PR.  Perak berjaya UMNO rampas.  Sedang cuba untuk rampas Selangor, Kedah.  Ini le kerja UMNO.  Demokrasi ala UMNO akan membawa kehancuran dan terus menipu orang kampung dan felda yang tiada maklumat

4)    Seluruh rakyat terlibat dalam proses politik di Barat.  Termasuk pelajar sekolah menengah.  Pertanyaan tentang dasar pendidikan dan kecemerlangan pendidikan di Britain hanya ditanya oleh pelajar sekolah menengah sahaja. Pelajar di Britain bukan sahaja celik komputer malahan celik politik.

UMNO tak bagi suasana ini berlaku.  Fakta sejarah saja UMNO sanggup ubah.  Nak bagi pelajar celik politik, UMNO takkan bagi.  UMNO hanya benarkan pelajar celik seks.  Subjek seks akan dikurikulumkan supaya lebih banyak anak luar nikah akan dilahirkan dan menyokong UMNO.  Sebab UMNO nak buat rumah pungut anak luar nikah.

Cukup le beberapa perbezaan terbukanya demokrasi Barat berbanding dengan Demokrasi di Malaysia. Banyak perkara mestilah diubah.  Tiada pendekatan lain melainkan ditumbangkan UMNO-BN dalam pilihanraya ke 13.  Tinggalkan UMNO.  Jangan pangkah BN kerana BN-Barang Naik

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP