#1

UMNO MENENTANG ISLAM SEBAGAIMANA ORANG MEKAH MENENTANG NABI MUHAMMAD SAW

>> Jumaat, Julai 09, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 121

UMNO MENENTANG ISLAM SEPERTI ORANG MEKAH
MENENTANG NABI MUHAMMAD SAW DALAM PERISTIWA ISRA DAN MI'RAJ

ALLAH TAALA BERFIRMAN DALAM SURAH AL-ISRA AYAT 1



Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. 
Chinese
讚美真主,超絕萬物,他在一夜之間,使他的僕人,從禁寺行到遠寺。我在遠寺 的四周降福,以便我昭示他我的一部分蹟象。真主確是全聰的,確是全明的。 
Tamil 
(அல்லாஹ்) மிகப் பரிசுத்தமானவன்; அவன் தன் அடியாரை பைத்துல் ஹராமிலிருந்து (கஃபத்துல்லாஹ்விலிருந்து தொலைவிலிருக்கும் பைத்துல் முகத்தஸிலுள்ள) மஸ்ஜிதுல் அக்ஸாவிற்கு ஓரிரவில் அழைத்துச் சென்றான்; (மஸ்ஜிதுல் அக்ஸாவின்) சுற்றெல்லைகளை நாம் அபிவிருத்தி செய்திருக்கின்றோம்; நம்முடைய அத்தாட்சிகளை அவருக்குக் காண்பிப்பதற்காக (அவ்வாறு அழைத்துச் சென்றோம் நிச்சயமாக அவன் (யாவற்றையும்) செவியுறுவோனாகவும்; பார்ப்போனாகவும் இருக்கின்றான்.
 
     Dalam ayat ini Allah Taala menjelaskan tentang perjalanan (ISRA) Nabi Muhammad saw.  Perjalanan itu adalah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa iaitu daripada Mekah-Palestin.  Berlakunya perjalanan yang hebat ini ialah pada malam hari dan Nabi Muhammad saw kembali semula ke Mekah pada subuhnya.

     Orang Mekah gempar dengan berita ini. Pada fikiran orang Mekah Nabi Muhammad saw tidak berkemampuan untuk melaksanakan perjalanan yang sehebat itu.  Bukankah ini kehendak daripada Allah Yang Maha Kuasa?  Orang Mekah bertanya


a.    Bagaimanakah Nabi Muhammad saw berjalan sejauh Mekah-Palestin?
b.    Nabi Muhammad saw menaiki kenderaan jenis yang bagaimana?
c.    Peristiwa ini mencabar iman orang yang sudah mengucap syahadah dengan Nabi Muhammad saw.

    Itu sebab sebahagian daripada orang yang sudah beriman dengan Nabi tetapi datang peristiwa ini mereka kembali kepada kekufuran dan menyokong kebatilan yang dibawa oleh Abu Jahal.

    Inilah yang dialami oleh UMNO.  Mereka yakin dengan Islam tetapi tak yakin untuk melaksanakannya.  Ahli UMNO yakin dengan hudud dan qisas tetapi menolak pelaksanaannya.  Inilah kekufuran yang berterusan dalam UMNO.  Alasan tidak melaksanakan hukum Islam hanyalah kerana masyarakat majmuk.  Bukankah ini alasan teknikal seperti mana alasan teknikal sebahagian daripada orang Mekah terhadap peristiwa Isra Nabi Muhammad saw.  Perjalanan Nabi tidak masuk akal.  Tak mungkin Nabi berjalan sejauh itu dalam tempoh biasa seorang manusia.  Perjalanan Mekah-Palestin memakan masa 3 bulan.  Macam mana Nabi boleh berjalan hanya semalaman sahaja?  Alasan teknikal ini telah membawa orang yang sudah beriman Mekah kembali kepada kekufuran.

   Wahai orang UMNO jauhilah UMNO dan tinggalkanlah UMNO.  UMNO sentiasa berada dalam kekufuran dan menentang hukum Allah.

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP