#1

UMNO POTONG SUBSIDI RAKYAT, TERUSKAN SUBSIDI KRONI

>> Rabu, Julai 21, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 131

UMNO POTONG SUBSIDI RAKYAT 
TERUSKAN SUBSIDI KRONI

Allah Taala berfirman dalam Al-Qur'an surah Al Maidah ayat 8



Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

     Daripada ayat diatas jelas bahawa tugas pemerintahan adalah untuk menegakkan keadilan.  Maka tanggungjawab ini adalah tanggungjawab pemerintahan.  Pemerintah bertanggungjawab untuk menegakkan keadilan berdasarkan Al-Qur'an dan Sunnah.

     Inilah yang tidak dilakukan oleh UMNO.  UMNO tiada dasar keadilan.  Dasar keadilan UMNO adalah hawa nafsu.  Itu sebab UMNO tidak menjaga kebajikan rakyat.  UMNO oleh kerana dipandu oleh hawa nafsu maka UMNO sanggup menjaga kroni yang seorang dua berbanding kebajikan untuk 28 juta rakyat Malaysia.

     Subsidi IPP sebanyak RM18 billion UMNO sanggup pertahan untuk 8 orang kroni UMNO.  IPP jana kuasa  jual pada TNB dan TNB pula ambil dan jual pada 28 juta rakyat.  Kenapa mesti berbelit.  Tidakkah boleh jalan dipendekkan?  Tidakkah boleh kos dikurangkan?  Negara sedang berhadapan dengan kesusahan maka kos dikurangkan.  UMNO-BN tak mahu ini diganggu.

      Subsidi makanan untuk rakyat ialah sebanyak RM3.8 billion setahun.  Kenapa ini tidak dipertahankan?  Ini adalah untuk 28 juta rakyat.  UMNO dah berfikir terbalik.  UMNO merasa penting 18 orang kroni daripada 28 juta rakyat Malaysia.  UMNO-BN sanggup menaikkan harga gula, petrol, gas, diesel.  Dalam tempoh 6 bulan lagi akan berlaku satu kali lagi kenaikan harga barangan untuk rakyat terus ditekan oleh UMNO-BN.

     Inilah kerja UMNO.  Tidak ada lain hanya untuk menekan rakyat.  

Itu sebab usaha di negeri Pakatan Rakyat seperti Selangor.  Selangor adalah negeri kaya dan berusaha untuk mengembalikan kekayaan negeri kembali kepada rakyat.  Antaranya

1)     Kematian warga emas - hadiah pengurusan jenazah dan untuk yang hidup RM2,500
2)     Bantuan kemasukan universiti setiap anak Selangor - RM1,000
3)     Anak lahir - ibu dapat elaun RM100
4)     Anak baru lahir terus masuk takaful pengajian tinggi , cukup umur 18 tahun dapat RM1,000
5)     Bantuan air percuma 20 meter padu

     Negeri  diperintah UMNO dapat apa?  Tinggalkan UMNO.  Jangan beri undi pada calon BN di mana sahaja mereka bertanding.  Melayu boleh buat.  Tolak UMNO-BN.

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP