UMNO PEMIMPIN YANG TAK BERAKHLAK TAK DAPAT MEMBANGUN EKONOMI
>> Khamis, Julai 01, 2010
ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 114
PEMIMPIN UMNO TAK BERAKHLAK - EKONOMI TAK AKAN STABIL
Pengkisahan panjang lebar kisah Nabi Yusuf yang menjadi penjaga perbendaharaan Mesir adalah menjadi teras dalam pembinaan ekonomi sesebuah negara. Pengkisahan panjang itu sangat berkisar yang berkaitan dengan akhlak seorang pemimpin. Nabi Yusuf dikurnia kecantikan oleh Allah. Maka dia difitnah dan dipenjara. Fitnah ini adalah angkara daripada isteri seorang pembesar.
Allah mendatangkan musibah keatas Mesir. Rajanya bermimpi 7 ekor lembu kurus kering memakan 7 ekor lembu besar dan 7 ranting gandum. Raja Mesir memanggil ahli nujum dan pendita dan menyuruh mereka menafsir mimpi Raja Mesir. Seorang pun tak mampu. Kemudian Perdana Menteri kata ada seorang di penjara boleh menafsir mimpi. Maka diceritakan mimpi tersebut kepada Nabi Yusuf dan Nabi Yusuf menafsir mimpi Rajanya. Tafsirannya ialah Mesir akan menghadapi kemarau panjang 7 tahun, 7 tahun bertahan dan selepas itu akan memperolehi peningkatan ekonomi.
Raja Mesir pun menawarkan kepada rakyat, siapakah yang mampu memikul tanggungjawab yang berat ini. Tiada seorang pun. Sekali lagi Perdana Menteri Mesir kata ada seorang yang mampu iaitu yang berada dalam penjara iaitu Nabi Yusuf. Ketika ditawarkan dengan jawatan menteri kewangan Mesir maka Nabi Yusuf mempertahankan integritinya. Nabi Yuusf mengatakan dia pegang jawatan itu setelah integritinya dibersihkan. Nabi Yusuf memegang jawatan perbendaharaan setelah dibersihkan iaitu dengan perbeciraan semula dan dibebaskan
Apa kaitan ekonomi mapan dengan akhlak? Pemimpin yang berakhlak baik tiada akan berlaku rasuah, Apakah pemimpin UMNO jujur dan berakhlak mulia? Dari kaitan pembunuhan Altantuya sehinggalah kepada Teoh Beng Hock dan lain-lain jelas bahawa pemimpin UMNO adalah pemimpin korup. Dengan pemimpin yang korup UMNO kata ekonomi Malaysia baik. Cukup menghinakan.
Dalam pemberitaan kisah Nabi Yusuf yang menjadi menteri kewangan. Nabi Yusuf tiada berijazah dalam bab ekonomi. Islam melaksanakan ekonomi secara penghayatan akhlak mulia. UMNO nak cakap fasal ekonomi, akhlak pun buruk. Udah le UMNO kamu adalah pemakan rasuah No 1 Malaysia. Nak cakap pasal ekonomi UMNO mesti baiki akhlak terlebih dahulu.
Apakah akhlak pemimpin UMNO baik sehingga layak memimpin ekonomi Malaysia? Ekuiti bangsa melayu kekal pada 19.8% Fikir-fikirkan. Tinggalkan UMNO
0 komen:
Catat Ulasan