UMNO - PARTI SEKULAR MENENTANG ISLAM
>> Khamis, Julai 08, 2010
ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 120
UMNO - PARTI SEKULAR MENENTANG ISLAM
UMNO adalah parti sekular. Sekular bermakna memisahkan agama dengan kehidupan. Ugama yang difahami UMNO adalah sembahyang, puasa, zakat dan haji sahaja. Yang lain hendaklah diurus berdasarkan hawa nafsu.
UMNO adalah parti anti Islam. Parti yang tidak memperjuangkan Islam. UMNO tidak memperjuangkan keadilan dan kebenaran Islam. Keadilan dan kebenaran Islam mestilah berdasarkan Al-Qur'an dan Sunnah. Semua ini di tolak UMNO.
UMNO adalah parti kroni. Ekonomi yang diperjuangkan oleh UMNO bukan ekonomi rakyat tetapi ekonomi kroni dan nepotisme. Ekonomi kroni dan kaum kerabat sahaja. Bukti - ekuiti pegangan Melayu tetap pada 19.8 % sehingga hari ini. Walaupun umur DEB (69-2010) 41 tahun namun ekuiti pegangan Melayu dalam ekonomi umat kekal pada tahap yang berkenaan. Orang cina pendapatan satu rumah RM5,000 keatas, orang India pendapatan satu rumah RM3,000 keatas. Orang Melayu masih berada ditahap paras kemiskinan dengan pendapatan satu rumah RM1,500 keatas. Berapa jauh ketinggalan orang Melayu buat di UMNO. Kaum kerabat Tun Razak Kaya raya? Tak usah sebut nama, semua orang tahu. Kaum kerabat Husssien Onn juga kaya raya?, tak perlu sebut nama semua orang tahu. Kaum kerabat Mahathir juga kaya raya?, siapa tak kenal dengan Mokhzani, Kaum kerabat Abdullah Badawi kaya raya? siapa tak kenal dengan Kamaluddin. Kaum kerabat Najib juga kaya raya? siapa tak kenal Rosmah, Nazmi, kaum kerabat orang UMNO juga kaya raya siapa tak kenal dengan Daim Zainuddin? MB-MB UMNO macamaman?
Cari kekayaan TG Nik Aziz, MB kelantan. 20 tahun jadi MB, apakah TG mengaut kekayaan?
UMNO adalah parti yang lawan Allah dan Rasul. UMNO tak mahu hukum Allah - hudud dan Qisas. UMNO percaya peristiwa Isra dan Mi'raj tapi tak percaya hukum Allah boleh dibuat di Malaysia. UMNO percaya peristiwa Isra dan Mi'raj tapi wanita UMNO kekal tak bertudung.UMNO percaya peristiwa Isra dan Mi'raj tapi menghalalkan judi yang diharamkan Allah. UMNO percaya dengan peristiwa Isra' dan Mi'raj tapi tetap mengamalkan rasuah yang dibenci Islam.
Justeru tinggalkan UMNO yang jelas bertentangan dengan Al-Qur'an dan Sunnah. Jangan tunggu lama-lama. Jadi yang sesat itu UMNO dan bukan PAS
0 komen:
Catat Ulasan