#1

UMNO SUKA RAKYAT JADI BODOH

>> Sabtu, Julai 03, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 117

UMNO SUKA RAKYAT JADI BODOH DAN TAK BERMAKLUMAT

    Kami baru balik menziarahi sebuah kampung Melayu Brunei.  Di Sabah tiada bangsa melayu.  Yang ada Melayu Bumiputra.  Kalau dikatakan melayu maka Melayu itu ialah Melayu Brunei.  Hidup kelurga melayu brunei dalam keadaan susah.  Geran tanah tiada dan tidak diberikan.  UMNO janji nak beri geran tapi sampai ke hari ini tiada sebarang geran diberikan.  Di bawa isu keluarga yang kami ziarahi ke Pejabat Kebajikan Masyarakat,  dijawab oleh mereka tiada peruntukan.  Begitulah UMNO membuli rakyat.  Bila hampir dengan pilihanraya maka diberikan RM50 setiap orang maka diugut mesti memangkah BN.  Kalau tidak geran tak dapat.  Bila pangkah BN dalam pilihanraya nasib orang melayu ini kembali ke asal.  Inilah kerja politik kotor UMNO.

    Wahai orang UMNO dan pemimpin UMNO bila lagi nak meninggalkan UMNO.  UMNO tak profesional dalam berpolitik.  Politik UMNO ialah meluaskan kroni.  Ada suatu syarikat proksi UMNO dari Perlis yang memiliki ratusan hektar tanah kelapa sawit.  Tanah di Sabah luas.  Dulu masa UMNO tidak ada di Sabah maka harta kekayaan kekal untuk Sabahan.  Kini bila UMNO sudah berada di Sabah, habis tanah di Sabah diagihkan kepada kroni UMNO atau proksi UMNO.  Inilah kerja jahat UMNO.  Tinggalkan UMNO, Tinggalkan UMNO dan Tinggalkan UMNO.

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP