UMNO SEDANG SIAP PRU 13
>> Isnin, Julai 26, 2010
ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU 134
UMNO SEDANG SIAP PRU 13
AMBIL KUASA MENENTANG ALLAH
Tanda pilihanraya dah dekat, UMNO-Bn dah nak bersiap
1) Isu Perpaduan PAS-UMNO - Orang Melayu lupa harga barang naik
2) Kajian Merdeka Center - Orang Melayu semakin yakin dengan 1 Malaysia, PM dan kroni makan duit berjuta-juta? melayu lupa. APco World wide berjaya naikkan imej Najib. Najib yang tiada imej guna wang rakyat naikkan imej.
3) Wanita UMNO sedang dikursuskan oleh BTN seluruh negara
4) Usaha menarik undi bukan Melayu sedang rancak dibuat oleh UMNO-BN. Apa sahaja kehendak orang cina terutama pendidikan akan dipenuhi UMNO-BN. Perak sebagai contoh bila kerajaan negeri beri 1,012 hektar kepada sekolah cina jenis SUWA. Ini belum lagi yang di Hulu Selangor, Di Sibu dan lain-lain tempat.
5) Pelbagai taklimat akar umbi ditelah dibuat di seluruh negara. Ketua Kg, penghulu telah diberi taklimat
6) Harga barang naik terutama petrol - maka kantung Petronas akan penuh kembali. Bila kantung Petronas kembali penuh maka duit akan disalurkan kepada kerajaan. Maka kerajaan akan manipulasi wang itu untuk pilihanraya?
7). Isu orang Asli (undi orang asli?) ditangani oleh PM
8) Isu desa, kampung dan felda (tempat banyak penyokong UMNO?) ditangani oleh TPM
9. UMNO Kedah membatalkan usaha merampas Kedah. UMNO hendak menunjukkan kejantanannya. Bila UMNO Kedah buat begini maka kajian politik mengatakan bahawa Kedah bukan lagi negeri PR dalam PRU13
10. UMNO akan guna isu pasir di Selangor. Walaupun katanya tak kuat tetapi pengundi atas pagar boleh beralih pilihan dalam PRU 13
11. UMNO-BN batal permit akhbar Suara Keadilan
Secara seimbang PR juga berusaha untuk mengatasi wilayah pengaruh UMNO-BN
1. Kerajaan Kedah terus berusaha menjalankan berbagai dasar untuk rakyat. Yang terkini semua projek mewah negeri ditangguh untuk kesejahteraan rakyat. Lain-lain intensif untuk rakyat diteruskan
2. Begitu juga kerajaan PP. Pebagai intensif juga telah dibuat. Kenaikan gaji guru KAFA PP, elaun untuk mereka yang huffaz Al-Qur'an, Majlis Syura Ulama, bantuan RM 100 setahun untuk warga emas dan lain-lain.
3) Selangor adalah negeri yang rakyat negeri sudah nampak perbezaan ketara antara PR dengan UMNO-BN. PR di Selangor sudah menampakkan bahawa kekayaan kerajaan negeri dikembalikan kepada rakyat
4) Apa lagi di Kelantan.Langkah-langkah yang berterusan dibuat dengan strategik untuk kemenangan PR
Pada pemikiran UMNO selagi ia boleh kekal berkuasa maka pilihanraya PRU 13 akan berlaku. Najib memerlukan mandat baru. Najib tidak akan tunggu 5 tahun baru nak buat pilihanraya. Yang Najib tunggu adalah nasihat daripada APCO.
Bersedialah seluruh orang Melayu yang hendakkan perubahan. Kali ini adalah masa yang tepat untuk menghumban UMNO menjadi kapal yang karam. Undi anda adalah sama ada
a. mengekalkan UMNO-BN berkuasa dan terus melakukan kezaliman atau
b. membuat perubahan supaya dengan ketiadaan UMNO Malaysia akan lebih maju dan berdaya saing kerana kroni UMNO sudah tiada, budaya nepotisme sudah dijahannamkan, budaya rasuah terhapus.
Fikir-fikirkan. Jangan Undi UMNO-BN untuk negara berkebajikan.
0 komen:
Catat Ulasan