#1

UMNO SESAT DALAM BAB TEKNIKAL

>> Khamis, Julai 15, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 126

UMNO SESAT DALAM BAB TEKNIKAL


     Allah Taala berfirman dalam Al-Qur'an surah Al-Baqarah ayat 2



Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; 
Chinese
這 部經,其中毫無可疑,是敬畏者的向導。 
Tamil 
இது, (அல்லாஹ்வின்) திரு வேதமாகும்;, இதில் எத்தகைய சந்தேகமும் இல்லை, பயபக்தியுடையோருக்கு (இது) நேர்வழிகாட்டியாகும்.
 

     Islam adalah agama yang sempurna dan tiada keraguan padanya.    Ini sama ada dari sudut arahan daripada Allah mahu pun pelaksanaannya.  Seluruh manusia mesti akur dengan arahan dan cuba melaksanakannya dalam kehidupan manusia.

    Untuk melaksanakan perintah Allah maka diutuskan para Rasul.  Rasul adalah petunjuk dalam melaksanakan perintah Allah.  Manusia kini tidak lagi teraba-raba untuk mencari kaedahnya sebab telah ditunjukkan oleh Rasul-Rasul Allah.

     Rasullullah saw menunjukkan bagaimana mahu melaksanakan segala perintah Allah.  Allah Taala memilih Madinah sebagai tempat beroperasi Nabi Muhammad saw.  Madinah adalah kota kosmopolitan.  Didalamnya ada berbagai kelompok masyarakat.  Bukan Arab sahaja.  Ada kaum Aus dan Khazraj.  Dua bangsa yang bergaduh selama 300 tahun.  Aus dan Khazraj didamaikan oleh Islam. Di madinah ada Yahudi dengan pelbagai kabilah.  Ada Nasrani juga dengan pelbagai kabilah.  Dalam kepelbagaian lapisan masyarakat ini Nabi Muhammad saw melaksanakan segala perintah Allah.  Perintah Allah dalam penyembahan sehinggalah kepada urusan bernegara dilaksanakan oleh Rasullullah saw.  Begitulah Nabi Muhammad saw bekerja kuat untuk menunjukkan kaedah kepada umat dalam melaksanakan perintah Allah.

    Macam mana kita hari ini?  Kerajaan yang ada pada hari ini memberi alasan-alasan yang bersifat teknikal yang akhirnya meletakkan kerajaan yang dodokong oleh UMNO-BN ini dalam kesesatan.  Apakah alasan teknikal tersebut, antaranya

1)    Tajk boleh dibuat hukum Allah kerana ada cina dan india
2)    Tak boleh dihapuskan riba kerana orang cina dan india masih hendak sistem yang menindas ini
3)    Judi tak boleh dihapuskan kerana ia sebahagian pendapatan negara
4)    Tidak boleh diwajibkan bertudung kerana negara ini adalah negara demokrasi
5)   Tiada kewajipan dalam beragama kerana agama adalah hak individu
6)    Sistem pendidikan Islam tak boleh dilaksanakan kerana kalau dilaksanakan maka pelajar tiada masa depan
 dan lain lain lagi.  Perkara pokok dalam Islam tidak dilaksanakan hanya kerana alasan teknikal sahaja.  Inilah yang menyesatkan UMNO-BN yang ada pada hari ini.

     Abu jahal dan sebahagian sahabat Nabi Muhammad saw kufur kerana menolak Isra Nabi Muhammad saw (Mekah Palestin) secara teknikal.  Mereka mempersoalkan
1)    macamana Nabi Muhammad saw berjalan dalam tempoh yang singkat
2)    perjalanan Mekah-Palestin ribuan kilometer
3)    Apakah kenderaan yang dinaiki Nabi Muhammad saw sedangkan binatang kenderaan yang ada hanyalah unta.  Untu berjalan Mekah-Palestin dalam masa 3 bulan pergi dan 3 bulan balik.

    Oleh yang demikian UMNO-BN hendaklah dijauhi kerana UMNO-BN menyesatkan orang lain.  UMNO-BN bukan sahaja mesti ditinggalkan malahan memberi undi kepada UMNO-BN juga adalah haram kerana menentang ayat-ayat Allah.  Tinggalkan UMNO,  Tinggalkan UMNO,  Tinggalkan UMNO.  Sertai perjuangan Islam yang lebih mulia dengan menyertai PAS

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP