#1

PEMIMPIN UTAMA UMNO CABUT LARI

>> Jumaat, Julai 30, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU 137

PEMIMPIN UTAMA UMNO CABUT LARI - NAJIB CUTI HINGGA 10 OGOS

     Allah taala berfirman dalam Al-Qur'an (makar-perancangan manusia dan perancangan Allah) Surah An Naml ayat 50


Dan (dengan demikian) mereka telah merancangkan rancangan jahat, dan Kami pula rancangkan balasannya dengan seburuk-buruk balasan, sedang mereka tidak menyedarinya.

Surah Ibrahim ayat 46


Dan sesungguhnya mereka telah menjalankan rancangan jahat mereka (untuk menentang Islam), sedang di sisi Allah ada balasan bagi rancangan jahat mereka, walau rancangan jahat mereka itu, dapat melenyapkan gunung-ganang sekalipun.



Dalam ayat di atas Allah Taala menjelaskan bahawa untuk terjadi sesuatu takdir maka ada dua perancangan.  1) -  perancangan manusia..  Manusia merancang.  Macamana manusia merancang.  Antara cara manusia

1.   Mesyuarat - membuat perancangan.  Biasanya melibatkan ramai
2.  membuat perancangan sulit - sekurangnya dua orang atau lebih supaya maklumat tak bocor

2) - Perancangan Allah.  Sehebat mana perancangan manusia tidak dapat mengatasi perancangan Allah.  Barulah datang kebenaran dan kekuasaan Allah.

Hakikat perancangan kedua ini biasanya tidak diambil hirau oleh manusia.  Sedangkan yang akan terlaksana ialah perancangan Allah swt.  Apa pun yang dirancang manusia, ia adalah tertakluk dengan kehendak Allah.

Manusia cuba menutup apa sahaja kesalahan.  Tetapi apabila kesalahan itu sudah tidak dapat ditutup lagi atau kesalahan yang ditutup itu sudah menyebabkan UMNO hilang sokongan rakyat maka UMNO mula bertindak menangkap pemimpin yang dikatakan mempunyai kekebalan seperti TUN LING.  Pemimpin UMNO cabut lari.  PM bercuti. Kenapa PM bercuti?  Sebab tak nak jawab soal penangkapan TUN LING.

Piawaian perundangan negara sudah diketahui umum.  Ini semua adalah silap mata mainan UMNO untuk mendapat kembali sokongan masyarakat.  Kalau benar perundangan berintegriti maka kes Dato Seri ANWAR mestilah segera digugurkan. 

Ini semua adalah topeng.  Kalau benar perundangan Malaysia ada integriti macam mana dengan

TUN MUSA HITAM - KES MEMALI
TUN MAHATHIR - KES RASUAH

Itu sebab kerja yang dibuat UMNO semuanya sudah tidak mendatangkan manfaat lagi.  Satu sahaja tindakan untuk UMNO iaitu Melayu jangan lagi mengundi calon daripada UMNO.  Mengundi calon UMNO dalam PRU 13 bermakna mengekalkan kezaliman UMNO dengan terus-menerus menganiayai manusia termasuk kes memali dan lain-lain.  JANGAN UNDI CALON DARI UMNO.

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP