#1

TOK GURU PAK TEH DALAM KENANGAN

>> Khamis, September 30, 2010


   Tok Guru Pak Teh atau Allahyarham Tuan Guru Dato' Abdul Latif adalah antara tokoh SAR yang terus mempertahankan sekolah dengan pengurusan rakyat.  Tak mahu berada di bawah kongkongan kerajaan UMNO-BN.  Ada aliran akademik dan ada aliran pondok di institusi pendidikan yang diasaskan Tok Guru Pak Teh.  Aliran akademik datang tawaran untuk sekolah itu dijadikan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).  Namun tawaran lumayan itu ditolak oleh Tuan Guru Pak Teh.

    Demikianlah perjuangan Tuan Guru Pak Teh dalam mempertahankan agama.  Perkara asas yang terus dipertahankan oleh Tok Guru Pak Teh ialah kebebasan.  Selalunya bulan RAMADHAN semua guru di pondok Pak Teh akan bercuti selama sebulan dan menjelajah merata tempat untuk mencari nafkah.  Salah seorang guru yang saya kenali sendiri menyatakan bahawa pendapatan bulanan mereka ialah sekitar RM200-RM250.  Kejayaan Tok Guru bukan sahaja pada peribadinya namun dapat pula mendidik umat untuk sama mempertahankan Islam dan kebebasan dalam menyatakan kebenaran.

    Ya Allah Rahmati roh guru kami Pak Teh dan golongkanlah beliau dalam kalangan mereka yang mendapat nikmat dari sisiMu.  Amin. Amin. Amin.

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP