#1

BAI'AH DARI SUDUT USUL FIQH

>> Isnin, September 13, 2010

Mengikut kaedah Usul Fiqh

"Tidak akan tertegak sesuatu yang wajib melain dengannya maka ia jadi wajib"

    Inilah kaedah fiqh yang digunakan dalam konteks untuk menegakkan sesuatu kewajipan yang diarah oleh Al-Qur'an dan Sunnah.  Untuk menengakkan hukum Allah maka cukup banyak perkara yang dibelakangnya.  Sebab untuk menengakkan hukum Allah maka memerlukan kuasa dan kerajaan, maka untuk menengakkan sebuah kerajaan ia juga memerlukan banyak komitmen dari umat.

    Nabi Muhammad saw menunjukkan bahawa terlalu banyak perkara yang terpaksa dibuat oleh Rasullullah saw dalam konteks menengakkan kerajaan Islam di Madinah.  Antaranya

1)   Nabi saw menerima Bai'atul 'Aqabah yang pertama dan kedua
2)   Nabi Muhammad saw berhijrah ke Madinah
3)   Sahabat Nabi Muhammad saw berhijrah
4)   Nabi Muhammad saw menghantar utusan awal seperti Mus'ab bin Umair
5)   Nabi saw melantik 12 naqib awal untuk mengembangkan Islam di Madinah
6)   Nabi dan sahabat membina perlembagaan Negara Islam madinah
7)   Nabi saw bertahalluf (kerjasama politik) dengan kabilah Yahudi dan Nasrani di Madinah

Inilah tindakan Nabi Muhammad saw sebelum Nabi saw berhijrah dan membina sebuah negara.  Kesemuanya adalah termaktub dalam sunnah Nabi Muhammad saw.  Maka proses Bai'ah (janji setia) sahabat Nabi Muhammad saw adalah sebahagian daripada tindakan dalam konteks terbinanya sebuah negara berdaulat Negara Islam Madinah.

    Inilah proses yang sedang dibuat oleh PAS Tambun.  Program tersebut akan diadakan pada 19/9/10, jam 10-12 tgh di Pusat Tarbiyah PAS Chemor.  Datang beramai-ramai.  Seluruh pencinta Islam sila datang an sebarkan maklumat ini.

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP