BAI'AH ADALAH MEMBANTU AGAMA ALLAH MELAWAN MUNGKAR (UMNO)
>> Selasa, September 14, 2010
ALLAH TAALA berfirman dalam surah as-Saf 14
Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong (agama) Allah sebagaimana Isa ibnu Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?" Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: "Kamilah penolong-penolong agama Allah", lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan lain kafir; maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang.
Dalam ayat ini Allah Taala secara khusus menyebut dan meminta supaya orang yang beriman menjadi pembantu-pembantu agama Allah. Memang Allah boleh sahaja memenangkan agamaNya. Namun secara sunnatullah ia memerlukan bala tentera yang akan berusaha untuk memenangkan agama Allah ini. Bala tentera itu tidak lain ialah daripada kalangan orang yang beriman.
Perang Badar - Nabi Muhammad saw memimpin 313 bala tentera
Perang Hunaian - Nabi Muhammad saw memimpin 30,000 bala tentara
Perang Tabuk - Nabi Muhammad saw memimpin 10,000 bala tentera
Pembukaan Kota Mekah - Nabi Muhammad saw memimpin 80,000 bala tentera
Sultan Muhammad Al-Fateh memimpin 250,000 bala tentera menawan Kota Konstantinopel
Mahu menegakkan agama Allah maka sudah pasti golongan itu adalah orang yang benar-benar beriman. Justeru rujukan ayat di atas jelas bahawa ia adalah khas ditujukan kepada yang benar-benar beriman. Marilah kita kembali kepada sunnah dan menjadi gerombolan yang membantu untuk memenangkan Islam. Maka melaksanakan bai'ah dalam konteks ini adalah bertepatan. Tanggungjawab dalam memenangkan Islam ini cukup banyak. Ada yang berceramah, berp[idato, merayu undi, menggantung poster, memberikan kenderaan yang baik, mengorbankan harta termasuk salah satu usaha itu ialah terus berdoa.
Berdoa boleh dilakukan oleh siapa sahaja. Yang kaya, yang miskin, yang tua, yang muda, pekerja swasta, sendiri, kerajaan, pelajar sekolah menengah, universiti, sekolah rendah, surirumah dan lain-lain. Tidak ada siapa yang hendak mendengar doa yang dibacakan kecuali dibaca secara suara kuat. Maka jadilah ansorullah sebagai jawapan melaksanakan tanggungjawab jihad menegakkan agama Allah.
Tuan-puan dijemput hadir ke program Perhimpunan Bai'ah Pas Tambun. Datang beramai-ramai dan sebarkan maklumat ini. Tidak ada lain melainkan untuk menegakkan Al-Qur'an dan Sunnah. Bai'ah adalah untuk terus berdoa bagi memenangkan agama Allah. Program bermula jam 10-12 tgh di Pusat Tarbiyah PAS Chemor (rumah hijau). Bawa Isteri/suami dan anak-anak. Daftarkan yang boleh melakukan doa dalam gerombolan membantu agama Allah. Bentuk doa akan disediakan oleh urusetia. Buku Manual Bai'ah akan diberikan ketika pendaftaran. Datang dan sebarkan maklumat ini.
0 komen:
Catat Ulasan