BAI'AH UNTUK MELAWAN UMNO-BN
>> Sabtu, September 11, 2010
APA ITU BAI'AH?
Bai'ah adalah janji setia
ADAKAH BAI'AH SUNNAH NABI MUHAMMAD SAW?
Bai'ah adalah sunnah Nabi Muhammad saw. Nabi Muhammad saw menerima bai'ah daripada sahabat Nabi demi mempertahankan Islam
APAKAH SEKARANG MASIH MEMERLUKAN BAI'AH?
Ya, kerana sekarang masih wujud perjuangan menegakkan Al-Qur'an dan Sunnah
KENAPA MASIH MEMERLUKAN BAI'AH?
Bai'ah adalah janji setia. Dengan bai'ah maka sumbangan kepada Islam akan lebih berada dalam disiplin dan akan lebih teratur. Memang umat Islam ada menyumbang sesuatu, ini tidak dapat dinafikan. Tetapi dengan bai'ah sumbangan itu akan berada dalam susunan yang teratur. Inilah yang disebut oleh Allah dalam surah as-Saf ayat 4 -" Sesungguhnya dalam kecintaan Allah mereka yang berjuang dalam saf yang tersusun rapi"
SIAPA YANG BOLEH BERBAI'AH?
Siapa sahaja yang mahu menyumbang kepada Islam. Mereka mungkin adalah ahli PAS, UMNO yang menyokong Pakatan Rakyat, atau yang berada di atas pagar, pemimpin NGO dan siapa sahaja. Ia tidak pernah terikat dengan DUN Manjoi sahaja malahan di mana sahaja beliau tinggal.
BAGAIMANAKAH PENDEKATAN DALAM BAI'AH INI?
Pendekatan kita untuk menang mestilah terbuka. Semua yang mahukan Islam menang mestilah terlibat. Semua yang mahu Islam memerintah mestilah terlibat. Pendekatan berdoa adalah cara yang digunakan. Kakitangan kerajaan dan swasta boleh sahaja berdoa. Tiada ketua jabatan akan duduk dengar doa yang hendak dibacakan. Doa adalah antara seorang yang beriman dengan Allah.
BILA NAK DILAKSANAKAN?
PERHIMPUNAN BAI'AH PAS TAMBUN
Tarikh : 19/9/10 * jam 10-12 tgh * tempat : Markaz Tarbiyah PAS Pekan Chemor (Rumah Hijau) Datang beramai-ramai dan sebarkan maklumat ini.. Jamuan ala hari raya disediakan..
0 komen:
Catat Ulasan