#1

SIRI 5 - UMNO=FIR'AUN TUDUH PEMBAWA RISALAH ALLAH

>> Isnin, September 27, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU 170

FIR'AUN DAN PEMBESAR FIR'AUN TUDUH NABI MUSA AHLI SIHIR
UMNO FITNAH PAKATAN RAKYAT DENGAN BERMACAM FITNAH

Allah Taala berfirman dalam surah 7:109


Berkatalah Ketua-ketua dari kaum Firaun: "Sesungguhnya orang ini (Musa) ialah seorang ahli sihir yang mahir.

   Dalam ayat ini Allah Taala menceritakan bahawa Fir'aun dan para pembesarnya menuduh Nabi Musa dengan tuduhan bahawa Nabi Musa adalah ahli sihir yang berpengetahuan.  Hamka ketika menafsir ayat ini menyatakan bahawa ketika Nabi Musa berhadapan dengan Fir'aun maka Allah Taala memberi mukjizat kepada nabi Musa iaitu
1)   Tongkat menjadi ular
2)   Keluar cahaya yang terang benderang dari tapak tangan Nabi Musa

    Fir'aun menggunakan sihir.  Antaranya ialah beliau mengumpulkan ahli sihir Mesir untuk menggunakan kehebatan ilmu sihir bagi memusnahkan da'wah Nabi Musa.  Lalu dikumpulkan seluruh ahli sihir dan untuk menakutkan Nabi Musa mereka menggunakan ular.Apabila Nabi Musa masuk berhadapan dengan sihir tersebut maka Allah Taala memberi mukjizat kepada Nabi Musa.  Tongkat Nabi Musa dilempar maka keluarlah ular yang besar dan memakan seluruh ular ahli sihir itu.  Terkejutlah mereka.  Tak cukup dengan itu Nabi Musa memasukkan tangannya ke dalam baju kemudian keluarlah cahaya yang terang benderang dari tapak tangannya.  Gagallah Fir'aun menghadapi Nabi Musa dan menghapuskan da'wah Nabi Musa.  Fir'aun dan pembesarnya menuduh Nabi Musa adalah juga ahli sihir.  Setelah gagal berhadapan dengan Nabi Musa maka kaedah tuduh digunakan Fir'aun.

     UMNO-BN hari juga begitu.  Selain daripada pemimpin UMNO sendiri yang menggunakan sihir sebagai senjata memelihara diri.  Ini terbukti
1)    Datuk Mazlan - Bomoh Mona Fendy
2)    Polis jumpa sesuatu di bawah meja mesyuarat di Pej UMNO PWTC (sebaik selepas Dollah Badawi letak jawatan
3)    Bomoh masuk keluar tempat sidang ADUN Perak.

Dalam kontek fitnah dan mahu memburuk-burukkan pimpinan PR
1)   Tuduhan liwat terhadap Anwar Ibrahim
2)   Gambar Lim Guan Eng menyembelih lembu korban
3)   Nik Aziz dituduh rasuah,
4)   PAS Kelantan terima RM4 billion - UMNO nak tunjuk bahawa PAS juga disogok dengan wang

     Kesemua ini adalah tuduhan yang sudah tak dapat meyakini rakyat lagi.  Inilah bentuk dan kerja UMNO.  Fir'aun menggunakan sihir terhadap Nabi Musa.  Tetapi gagal melenyapkan da'wah Nabi Musa.  UMNO hari ini menggunakan apa sahaja kaedah untuk melenyapkan perpaduan PR termasuh membuat macam-macam tuduhan.  Jauhi UMNO.  UMNO menggunakan kaedah fir'aun iaitu tuduhan.  UMNO bergelumang dengan fitnah.  Jangan UNDI CALON UMNO DALAM PRU 13

    UNDI CALON PAS, PKR, DAP DALAM PRU 13 UNTUK KESEJAHTERAAN HIDUP RAKYAT.  NEGARA BERKEBAJIKAN MATLAMAT PAKATAN RAKYAT. SUDAH DIBUKTIKAN DI 4 NEGERI KELANTAN (DAH LAMA), KEDAH, PP DAN SELANGOR.

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP