UMNO BUKA SEKOLAH MENGANDUNG
>> Rabu, September 22, 2010
ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FHAM KETUANAN MELAYU KE 165
PENZINA DI HUKUM BUKAN
BUKA SEKOLAH MENGANDUNG
Allah Taala Berfirman dalam Surah An Nur ayat 2
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.
Jelas bahawa dalam Islam pesalah zina mestilah dihukum. Zina adalah satu jenayah. Zina bukan suatu kegiatan sosial. Tetapi zina adalah jenayah yang diletakkan hukuman oleh Allah Taala. Lebih jauh daripada itu semua kegiatan yang membawa kepada perzinaan hendaklah dijauhi. Dalam konteks perzinaan, Islam jelas tindakannya iaitu
1) Mencegah perbuatan zina - dari jual kondom hinggalah kepada program menggalak perzinaan
2) Menghukum penzina - Sebat bagi belum kahwin dan rejam sampai mati untuk yang sudah kahwin
Islam membina masyarakat berdasarkan kepada fitrah. Fitrah anak luar nikah, anak haram, anak gampang, tidak boleh diterima oleh seluruh manusia. Manusia yang waras akhirnya mengakui bahawa perkahwinan yang sah juga akan membina kebaikan. Itu sebab hukum zina sama dalam agama Taurat, Injil dan Al-Qur'an. Dalam masyarakat Islam penzina dihapuskan. Oleh itu tiada perzinaan.
UMNO cara mencegah dia buat Rumah Kenangan. Rumah Kenangan adalah rumah yang menempatkan gadis mengandung secara haram yang dibawah umur (12-18 thn.). Hampir setiap negeri sudah ada Rumah Kenangan yang diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Apakah ini sudah tidak cukup memalukan?. Tak cukup dengan malu ini, UMNO tambah lagi dengan sebuah sekolah harapan untuk mereka yang mengandung. UMNO sepatutnya menghukum penzina. Dalam konteks UMNO, penzina tidak dihukum. Perbuatan zina akan semakin bertambah. UMNO mestilah guna kaedah Al-Qur'an. Jauhi UMNO kerana UMNO tak nak kepada Al-Qur'an. Jangan undi calon UMNO dalam PRU 13.
UNDILAH CALON PAKATAN RAKYAT DALAM PRU 13 UNTUK KESEJAHTERAAN HIDUP RAKYAT. SELURUH RAKYAT MESTILAH MEMBEBASKAN DIRI MEREKA DARI KEZALIMAN UMNO-BN
0 komen:
Catat Ulasan