#1

HUKUM YANG BERBEZA DALAM UMNO-BN

>> Selasa, September 21, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU KE 164

ISLAM MENENTANG PERBEZAAN 
HUKUM PEMIMPIN-RAKYAT

Allah Taala berfirman tentang hukum Qisas (2:178)


Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "Qisas" (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan. Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

    Disisi Allah Taala tiada perbezaan hukum antara pemimpin dan rakyat.  Hukum sama sahaja.  Begitulah keadilan Allah Taala dalam melaksanakan hukumNya.  Dalam sirah Nabi Muhammad saw terbukti keadilan Allah.

1)   Nabi saw bersabda yang bermaksud "Kalau Fatimah(anak Nabi Muhammad saw)  mencuri nescaya aku (Nabi muhammad saw) akan memotong tangannya"

2)   Anak Saidina Umar (Ketika dijatuhkan hukuman Saidina Umar adalah khalifah Islam ke-2)  yang berzina dihukum sebat 100 kali.  Anak khalifah tidak ada imuniti (kekebalan)

3)   Saidina Ali (ketika perbicaraan tentang baju besi perang, Saidina Ali adalah khalifah) kalah dalam perbicaraan baju besi.  Saidina Ali terpaksa memberi keterangan dalam mahkamah.

Inilah keadilan Islam yang ditunjukkan oleh para sahabat.

Zaman ini,

1)    Sultan berada di atas kuasa (above the law).  Apakah sultan melebihi Nabi Muhammad saw?

2)    Ada Perdana Menteri yang di panggil ke mahkamah tetapi tak nak memberi keterangan.  Mahathir Mohamed tak hadir ke mahkamah dalam kes Anwar.

3)    Pemimpin politik terus dilindungi oleh undang-undang

Sehinggakan kes mati

ALTANTUYA - yang ditangkap oleh polis ialah pembunuh sahaja

SOSILAWATI - YANG DITANGKAP OLEH POLIS IALAH PEMBUNUH DAN PERANCANG SEKALIGUS.

Kenapa ada perbezaan tangkapan?  Kes Altantuya perancang tak ditangkap.  Kes bunuh Sosilawati pembunuh dan perancang ditangkap.  Inilah keadilan dalam UMNO-BN

Jauhi UMNO-BN.  Keadilan mereka berpilih.  Pemimpin politik terus dilindungi.  Jangan undi pemimpin dari UMNO-BN

UNDILAH pemimpin PR untuk kesejahteraan hidup rakyat jelata.  Tolak UMNO-BN dalam PRU 13.

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP