SIRI 4 - UMNO=FIR'AUN TOLAK RISALAH RASUL
>> Ahad, September 26, 2010
ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU 169
FIR'AUN TOLAK RISALAH NABI MUSA
UMNO TOLAK RISALAH NABI MUHAMMAD
UMNO = FIR'AUN
Allah Taala berfirman dalam 7:103
Kemudian Kami mengutuskan Nabi Musa selepas Rasul-rasul itu, dengan membawa ayat-ayat Kami kepada Firaun dan Ketua-ketua kaumnya, lalu mereka berlaku zalim (ingkar) akan ayat-ayat itu. Maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berbuat kerosakan.
Dalam firman Allah Taala ini , penegasan dibuat secara jelas oleh Al-Qur'an tentang sifat dan tabiat jahat Fir'aun iaitu menolak risalah Nabi Musa . Allah Taala membangkitkan pada setiap umat itu seorang Rasul. Rasul ialah utusan daripada Allah untuk menerangkan apa yang dikehendaki oleh Allah. Untuk Fir'aun dihantar dan dibangkitkan ialah Nabi Musa dengan kitab Taurat.
Fir'aun dan semua pembesarnya menolak risalah Nabi Musa. Penolakan ini adalah jelas melalui perbuatan dan dasar-dasar negara Mesir yang diurus oleh Fir'aun. Fir'aun bukan setakat membuat dasar yang zalim malahan menentang secara keras terhadap Nabi Musa. Antara dasar zalim Fir'aun ialah
1) Membunuh kanak-kanak dan lelaki, membunuh adalah dasar yang bertentangan dengan Allah
2) Cubaan membunuh Nabi Musa sendiri - Fir'aun menentang mereka yang mahu menegakkan kebenaran
3) Fir'aun menentang rakyat yang mahukan keadilan - dasar penindasan yang bertentangan dengan Allah
UMNO mewarisi sifat dan tabiat yang sama dengan Fir'aun. Antara dasar yang UMNO tolak dari awal penubuhannya lagi ialah
1) UMNO tolak hukum hudud dan Qisas Islam
2) UMNO tolak hukum menutup aurat bagi wanita - Isteri dan pemimpin wanita UMNO terdedah aurat
3) UMNO mempertahankan ISA - akta zalim yang bertentangan dengan dasar Islam
4) UMNO pertahan OSA - dasar untuk menutup kebenaran
5) UMNO sokong Yahudi. Al-Qur'an menentang yahudi, UMNO sokong dan ambil mereka sebagai penasihat.
6) UMNO menjadikan dasar negara adalah liberal bukan dasar ikut Islam.
dan macam-macam lagi. Jauhi UMNO kerana UMNO mempunyai tabiat seperti Fir'aun. Dimana Fir'aun sekarang? Fir'aun dalam keazaban Allah. Apakah anda mahu berada dalam keazaban Allah? Jangan sama sekali menyokong UMNO dan memberi undi pada UMNO. Menyokong UMNO bermakna anda menyokong mungkar dan maksiat terhadap Allah.
UNDILAH CALON PAS, PKR, DAP DALAM PRU 13 UNTUK KESEJAHTERAAN HIDUP. PAKATAN RAKYAT ADA KOMITMEN UNTUK MENEGAKKAN KEADILAN DAN KEBENARAN.
0 komen:
Catat Ulasan