#1

CONTOHI AYUB ALANSARI - MATI SYAHID PADA UMUR 72 TAHUN

>> Jumaat, September 17, 2010

     Tidak ada sempandan dalam jihad.  Jihad membebaskan manusia dari sebarang sempadan.  Umur, bangsa, warna kulit, darjat, pangkat semuanya mengejar makna syahid dengan balasan syurga oleh Allah.

     Setelah kewafatan Rasullullah saw, berlaku perang Qadasiyyah di zaman Umr Al-Khatab.  Maka bersiaplah seluruh para sahabat untuk memenuhi tuntutan jihad.  Termasuk yang bersiap itu ialah Ayub Al-Ansari yang berumur 72 tahun.  Melihatkan bahawa Ayub Alsari sedang bersiap untuk berperang maka datang para sahabat Nabi Muhammad saw menasihati beliau agar berehat sahaja di rumah.  Mendengarkan nasihat itu Ayub Alsari menjawab"Masih terngiang di telingaku bacaan Al-Qur'an oleh Rasullullah saw (at-Taubah 41)


Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.

     Maka berangkatlah Ayub Al-Ansari ke medan jihad.  Beliau mati syahid dalam perjalanan ke Qadisiyyah.  Makam kuburnya diabadikan sahabat di persempadanan Kota konstantinopel.  Begitulah kegigihan sahabat dalam mempertahankan Islam dan mengejar syurga Allah.  Anda bagaimana?

     Datanglah untuk berbai'ah mempertahankan Islam bersama dengan PAS TAMBUN *19/9/10*jm 10-12 tgh di Pusat Tarbiyah PAS Chemor.  Sekiranya anda adalah pengejar syurga Allah maka kehadiran adalah wajib.  Sekiranya anda masih lagi berasa was-was maka anda mengatakan bahawa cara anda juga adalah untuk mempertahankan Islam.  Sedangkan proses bai'ah adalah sebahagian daripada sunnah dalam mempertahankan Islam dan memperolehi syahid di sisi Allah.  Datang dan sebarkan maklumat ini.  Program ini adalah terbuka kepada semua pencinta syurga Allah.

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP