#1

SIRI 9 - UMNO=FIRAUN TIDAK BERTAUBAT WALAU ADA BALA DARI ALLAH

>> Jumaat, Oktober 01, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU

FAHAM KETUANAN MELAYU KE 174

FIRAUN - TIDAK BERTAUBAT WALAU DIBERI ALLAH BALA
UMNO - TIDAK PERNAH MAHU KEMBALI KEPADA ISLAM YANG SYUMUL

 

Allah Taala berfirman dalam surah Al-'Araf ayat 130



Dan sesungguhnya Kami telah menghukum (Fir'aun dan) kaumnya dengan (mendatangkan) musim kemarau yang panjang dan kekurangan buah-buahan, supaya mereka mengambil pelajaran.
      Hamka ketika membuat tafsiran ayat ini menyatakan terdapat satu sifat Fir'aun yang sangat bertentangan dengan Allah iaitu

1)   Takabbur terhadap Allah
2)   Tak mahu menyembah Allah
3)   Fir'aun berasa sangat berkuasa

Lalu dalam ayat ini Allah menurunkan bala kepada Fir'aun.  Bahawa ada perkara yang tidak dikuasai oleh Fir'aun iaitu kemarau dan angin puting beliung.  Inilah dua perkara yang tidak dikuasai oleh Fir'aun.  Air sungai Nil kekeringan dan hujan tak diturunkan Allah.  Walaupun datang bala yang seperti ini tetap Fir'aun tak mahu bertaubat kepada Allah.

   Bukankah fenomena sama ada pada UMNO.  UMNO merasai bahawa ia sangat berkuasa.  Datang bermacam takdir daripada Allah namun UMNO tetap dengan kedegilannya tidak mahu kembali kepada Islam yang syumul.  UMNO terus beramal dengan Islam secara serpihan.

    Ketika UMNO Melaka mencadangkan membuat sekolah mengandung maka datang angin puting beliung di Jasin dan memusnahkan Bazar Ramadhan.  Bukankah ini satu bala dripada Allah?  Apakah ada usul menarik balik sekolah mengandung?  UMNO tetap teruskan.  Inilah fenomena Fir'aun dalam UMNO.

     Banjir besar di Kota Tinggi beberapa tahun yang lalu.  UMNO Johor kata air laut yang banyak dan sungai tidak dapat menampung.  UMNO Johor tidak pernah berfikir siapakah yang mendatangkan air laut yang banyak itu?  Kuasa yang manakah?  UMNO Johor fikir ini adalah fenomena alam.  UMNO terus tetap dengan kedegilan tak mahu kembali kepada Islam.

    Begitulah dengan dadah yang tidak pernah habis, merempit, mati penunggang motosikal yang tertinggi dalam dunia, isu buang anak, anak haram, perzinaan, ekonomi yang tidak berkembang, rakyat tiada mendapat kebajikan daripada pemimpin, amalan kronism, nepotisme, rasuah dan bermacam-macam lagi.  Kesemua ini adalah petanda bala daripada Allah.

    Jangan dekati UMNO kerana UMNO berbudaya dengan budaya Fir'aun.  Didatangkan Allah bala kepada umat UMNO tetap dengan kedegilannya untuk tidak kembali kepada Islam yang syumul.  Oleh yang demikian UMNO tidak layak mendapat undi dari mana orang melayu dalam PRU 13.  UMNO menyesatkan umat sepertimana Fir'aun menyesat umat Bani israel.

    UNDILAH PAKATAN RAKYAT DALAM PRU 13 UNTUK KESEJAHTERAAN HIDUP RAKYAT.  CUKUPLAH DENGAN KEZALIMAN UMNO.  MARILAH BERUBAH KEPADA YANG LABIH BAIK.  CENGKAMAN UMNO MESTILAH DITAMATKAN DALAM PRU 13.  BEBASKAN RAKYAT DARI UMNO YANG ZALIM

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP