#1

SIRI 21-UMNO=FIR'AUN , UNGKIT TENTANG JASA

>> Jumaat, Oktober 15, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU 186

UMNO=FIR'AUN - UNGKIT JASA

Allah Taala berfirman dalam Surah Syuaara ayat 16

26:16

"Maka pergilah kamu kepada Firaun, kemudian katakanlah kepadanya: sesungguhnya kami adalah utusan Tuhan sekalian alam.

   Dalam ayat ini Allah taala menegaskan bahawa Nabi Musa diarah Allah untuk mengemukakan kepada Fir'aun bahawa dia (Nabi Musa) adalah Rasul utusan Allah.  Maka apabila ini didedahkan datanglah perbuatan keji Fir'aun iaitu mengungkit segala yang telah diberikan kepada Nabi Musa.  Demikian dialog Fir'aun dengan Nabi Musa ayat 18,19 surah yang sama.  Fir'aun mengatakan bahawa perbuatan Nabi Musa adalah seperti tidak mengenang budi.

26:18

Firaun menjawab: "Bukankah kami telah memeliharamu dalam kalangan kami semasa engkau kanak-kanak yang baharu lahir, serta engkau telah tinggal dalam kalangan kami beberapa tahun dari umurmu? 

26:19
"Dan (bukankah) engkau telah melakukan satu perbuatan (jenayah) yang telah engkau lakukan dan (dengan itu) engkau dari orang-orang yang tidak mengenang budi?"  
 


UMNO pun sama guna kaedah Fir'aun.  Bila ada di kalangan rakyat menyatakan kebenaran maka dikatakan rakyat sudah tidak mengenang budi.  Rakyat memilih untuk bersama Pakatan Rakyat maka dikatakan rakyat tidak mengenang budi.  Siapakah UMNO kalau tidak rakyat memilihnya?  Kemudahan yang dimiliki oleh UMNO hari ini adalah datang dari rakyat.  Duit-duit tu adalah bayaran cukai dari rakyat.  tapi UMNO menyombong diri seperti Fir'aun

Jauhi UMNO kerana bertabiat seperti Fir'aun.

UNDI PAS DI GALAS.  UNDI PAS,PKR DAN DAP DALAM PRU 13 UNTUK KESEJAHTERAAN RAKYAT

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP