#1

SIRI 19-UMNO=FIR'AUN - MELAMPAUI BATAS

>> Isnin, Oktober 11, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU 184

FIR'AUN - MELAMPAUI BATAS IKUT HAWA NAFSU
UMNO - MELAMPAUI BATAS, LAWAN NABI MUHAMMAD SAW DAN IKUT NAFSU

Allah Taala berfirman dalam surah Taha ayat 43


"Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya.

   Dalam ayat ini fir'aun itu dicirikan Allah dengan ciri "THAGA" atau melampaui batas.  Al-Maraghi menyatakan dalam tafsirnya bahawa Nabi Musa dan Nabi Harun terus berhujah dengan fir'aun kerana ia adalah melampaui batas.  Al-Maraghi memaknakan melampau itu dengan sombong, bongkak dan takabbur.

   Fir'aun sudah pasti membuat sesuatu itu mengikut fikirannya.  Tiada panduan yang jelas dan nyata.  Walaupun pada ketika itu wujud Kitab Taurat.  Penyembah berhala berfikir dan kemudiannya membuat berhala yang datang dari fikirannya.  Akhinya berlaku penyembahan berhala dalam bentuk yang nyata.

   UMNO memang tidak menyembah berhala.  Tetapi UMNO menyembah bentuk pemikiran yang dinamakan ideologi yang juga datang dari fikiran manusia.  Ideologi anutan UMNO ialah sekularisme iaitu memisahkan agama dengan kehidupan.  Inilah budaya melampau UMNO dalam bab beragama.  UMNO dan ahli UMNO tidak mahu mengikuti Al-Qur'an dan Sunnah.  Tetapi melaknasanakan sesuatu berdasrkan fikiran manusia.  Inilah kesesatan dan melampau. Antaranya

1)     Undang-undang semestinya berdasarkan Al-Qur'an tetapi UMNO berdasarkan common law-LONDON.

2)    Perniagaan mestilah bebas dari riba tetapi UMNO mahukan riba.  Kemudian berlakon kononnya tidak mahu wang judi.

3)   Judi dan arak semestinya diharamkan mengikut Al-Qur'an tetapi UMNO mahukan judi dan arak yang UMNO kata mendatangkan pendapatan kepada negara.

    Bebaskan diri anda daripada budaya melampau UMNO. Ia adalah kesesatan.  JANGAN UNDI CALON UMNO DALAM PRK GALAS DAN PRU 13.

   UNDILAH CALON PAS DI GALAS DAN PRU 13. WAHAI ALLAH KURNIA KEMENANGAN KEPADA PAS DAN PAKATAN RAKYAT DALAM PRU 13. AMIN

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP