#1

UMNO TIADA ROH IMAN DAN NILAI AKHLAK

>> Isnin, Oktober 18, 2010

Nabi Yusuf adalah salah seorang daripada anak nabi Yaakob.  Adik beradik nabi Yusuf adalah seramai 12 orang.  Ketika bermimpi Nabi Yusuf maka Nabi Yaakob memberitahunya bahawa penceritaan mimpi itu hendaklah disembunyikan dari pengetahuan adik beradiknya.  Nabi Yaakub takut bahawa adik beradik Nabi Yusuf merancang kejahatan untuk Nabi Yusuf.

Penceritaan ini AllahTaala cerita pada ayat 5 dan 6 surah Yusuf


Bapanya berkata:" Wahai anakku! Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, kerana aku khuatir mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia. 



Dan demikianlah caranya Tuhanmu memilihmu, dan akan mengajarmu takbir mimpi, serta akan menyempurnakan nikmatNya kepadamu dan kepada keluarga Yaakub: sebagaimana Ia telah menyempurnakannya kepada datuk nenekmu dahulu: Ibrahim dan Ishak. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".

Kenapa  Nabi Yaakob takut dengan adik beradik Nabi Yusuf?  Adik beradik Nabi Yusuf mengaturkan makar dan rancangan jahat untuk menghancurkan Nabi Yusuf.  Inilah penceritaan benar daripada Allah bahawa adik beradik peringkat yang paling dekat dengan Allah pun mengaturkan rancangan jahat.  Kalau adik beradik Nabi Yusuf mengaturkan rancangan jahat maka apakah UMNO dan ahli UMNO bersih daripada turut juga mengaturkan rancangan jahat ini.

UMNO kini sudah tidak ada nilai akhlak dan roh iman.  UMNO merapu.  Ucapan penting belanjawan diisi dengan ungkapan seluar dalam dan coli oleh PM.  Seluar dalam dan coli inilah yang ada dalam pemikiran PM Najib Tun Razak.  Apakah ini standard PM sekarang berlawak berdasarkan hal kecenderungan seks yang tinggi.  Cerita dalam kelambu diucap secara terbuka.

Jauhi UMNO kerana sudah tiada roh iman dan nilai akhlak.  UMNO memimpin ke neraka. Jangan undi pemimpin UMNO di Galas atau calon BN di Kota Sapi dan dalam PRU 13.  Undi calon UMNO bermakna menyokong kemungkaran dan kezaliman.

UNDILAH CALON PAS DI GALAS DAN PAKATAN RAKYAT DI KOTA SAPI.  MENANGKAN PAKATAN RAKYAT SAMA ADA DI GALAS ATAU KOTA SAPI.

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP