#1

SIRI 12 - UMNO=FIR'AUN , FIR'AUN DUSTA AYAT ALLAH TURUN AZAB

>> Isnin, Oktober 04, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU 177

FIR'AUN MENDUSTAKAN AYAT ALLAH DISEDIAKAN AZAB DUNIA DAN AKHIRAT
UMNO MENDUSTAKAN AYAT ALLAH, MAKA?

Allah Taala berfirman dalam surah Al-Anfal ayat 54


(Keadaan mereka) samalah seperti keadaan Firaun dan kaumnya serta orang-orang yang terdahulu dari mereka. Mereka mendustakan ayat-ayat Tuhan mereka, lalu Kami binasakan mereka dengan sebab dosa-dosa mereka, dan Kami tenggelamkan Firaun serta pengikut-pengikutnya (di laut), kerana kesemuanya adalah orang-orang yang zalim.

     Dalam ayat ini Allah Taala mengungkap perkataan Fir'aun sebanyak 2 kali.  Pertama ungkapan Fir'aun adalah berkaitan dengan pendustaan ayat-ayat Allah manakala perkataan Fir'aun kedua ialah kaitan dengan kaedah Fir'aun dihapuskan.

    Al-Maraghi dalam tafsirnya menyatakan bahawa

1)   Perkataan Fir'aun yang pertama adalah kenyataan dari Allah bahawa yang mendustakan ayat Allah bukan fir'aun sahaja malahan termasuk kaum keluarganya.  Perbuatan mendustakan ayat Allah adalah sama seperti kaum dan manusia yang sebelum firaun.  Oleh kerana berlaku pendustaan iaitu menolak dan menafi ayat Allah maka diazabkan Allah kerana dosa-dosa mereka.

2)   Perkataan Fir'aun yang kedua pula menurut Al-Maraghi ialah kaedah Firaun dan pengikutnya dihapuskan Allah.  Mereka ditenggelamkan di dalam laut merah.  Habis kesemuanya tenggelam dan mati.  Begitulah nasib mereka yang tidak mahu mempertahankan agama yang dibawa Rasul (Nabi Musa)

   UMNO mempunyai sindrom yang sama.  Sindrom mendustakan ayat Allah dan kedua sindrom oleh kerana penentangan yang berterusan maka disediakan Allah azab sama ada di dunia apa lagi di akhirat.  Oleh kerana penentangan yang berterusan  maka Allah mendatang bala yang tidak kunjung sudah.  Dadah, dedah, rempit, mati rempit, mati kemalangan adalah paling tinggi di dunia.  Inilah kaedah Allah menghapuskan bangsa Melayu yang tidak mahu kepada hukum Allah.

   Jauhi UMNO.  UMNO ada sindrom sama macam Fir'aun.  Selamatkan hidup anda di dunia dengan Islam.  Jangan pangkah lagi dan beri undi lagi pemimpin dan calom dari UMNO.  Termasuk dalam PRK Galas yang akan dilaksana oleh SPR tidak lama lagi.

    UNDI PAKATAN RAKYAT CALON DARI PAS, PKR DAN DAP.  DI GALAS JANGAN LUPA CALON PAS DIUNDI.  TOLAK UMNO.  UMNO JIJIK.

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP