SIRI 14- UMNO=FIR'AUN MENAKUTI RAKYAT DENGAN KEZALIMAN
>> Rabu, Oktober 06, 2010
ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU 179
FIR'AUN - TERUS MENERUS MENZALIMI RAKYAT
UMNO - TERUS MENZALIMI RAKYAT
Allah Taala berfirman dalam surah Yunus ayat 83
Maka tidaklah ada yang beriman kepada Nabi Musa melainkan sebilangan kecil dari keturunan kaumnya, itupun dengan keadaan takut kepada Firaun dan ketua-ketua kaum mereka menyeksa mereka; kerana sesungguhnya Firaun bermaharajalela di bumi, dan sebenarnya ia dari orang-orang yang melampaui batas.
Dalam ayat ini Allah taala mendedahkan bahawa pengiktu Fir'aun dan para pembesar Fir'aun terus menzalimi Bani israel yang menjadi pengikut Nabi Musa. Kebanyakkan pengikut nabi Musa adalah dari kalangan orang muda. Manakala pengikut Fir'aun adalah yang tua. Pengikut nabi Musa masih muda dan kurang pengalaman. Ini diambil kesempatan oleh Fir'aun dan para pembesar Fir'aun untuk melakukan kezaliman.
Al-Maraghi menyatakan bahawa dengan suasana yang begini maka pengikut Nabi Musa terus diancam dengan bermacam-macam ugutan oleh Fir'aun. Ugutan Fir'aun ialah untuk membunuh Nabi Musa. Ini dinaytakan Allah dalam firmanNya surah al-Mu'Min ayat 26. Perkataan firaun kedua adalah gambaran kekejaman fir'aun. Al-Maraghi menyatakan bahawa kekejaman fir'aun adalah seperti membunuh, menumpahkan darah, menghina, mengeji kebenaran dan lain-lain kezaliman. Kezaliman ini menyebabkan Fir'aun sudah mati rasa hatinya.
UMNO juga mempunyai sindrom yang sama. Membunuh juga telah berlaku dalam UMNO. Peristiwa
1) Datuk Moktar Hashim
2) Terkini bekas ADUN Selangor dan pembantunya-dua-dua terbunuh
Kekejian juga adalah budaya UMNO
1) Menuduh Anwar dengan tuduhan liwat, akhirnya mahkamah membuktikan dengan keputusan 2-1 bahawa Anwar tidak liwat.
Amalan Rasuah adalah amalan UMNO
kes Datuk Ali Rustam tidak boleh bertanding dalam pemilihan UMNO- jelas amalan rasauh
dan bermacam-macam lagi budaya Fir'aun ada dlam UMNO. Jauhi UMNO. UMNO berbudaya dengan budaya Fir'aun. Jangan beri undi kepada calon UMNO di PRK Galas dan juga PRU 13.
UNDILAH PAS DALAM PRK GALAS DAN PAKATAN RAKYAT PAS, PKR, DAP DALAM PRU 13 UNTUK KESEJAHTERAAN HIDUP RAKYAT.
0 komen:
Catat Ulasan