#1

SIRI 10 - UMNO=FIRAUN - MENYEMBAH YANG SELAIN ALLAH

>> Sabtu, Oktober 02, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 175

FIR'AUN - MENOLAK PENYEMBAH KEPADA ALLAH
UMNO - DASAR PERJUANGAN UMNO BUKAN ISLAM

ALLAH TAALA BERFIRMAN DALAM SURAH AL-'ARAF AYAT 141


Dan (Tuhan berfirman): Ingatlah ketika Kami selamatkan kamu dari Firaun dan kaumnya, yang menyeksa kamu dengan azab seksa yang seberat-berat dan seburuk-buruknya; mereka membunuh anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu; dan (ingatlah bahawa) yang demikian itu mengandungi cubaan yang besar dari Tuhan kamu.


Dalam ayat ini Allah mengimbas bagaimana rupa dan bentuk penyembahan yang dibuat oleh Bani Israel dan Fir'aun.  Hamka menyatakan bahawa ketika dialog ini berlaku ialah antara Nabi Musa dan pengikutnya yang diselamatkan Allah.  Pengikut Nabi Musa meminta kepada Nabi Musa agar ada bentuk berhala untuk mereka sembah.  Kenapa ini berlaku?  Pengikut Nabi Musa masih belum merdeka sepenuhnya.  Mereka masih mahu budaya Fir'aun diteruskan walaupun Fir'aun sudah dimatikan Allah.

    Inilah yang berlaku dalam UMNO.  Penjajah sudah tiada dalam negara. Namun Islam tidak juga menjadi dasar perjuangan UMNO.  Mengikut Perlembagaan Negara Fasal 160 Pengertian Melayu iaitu

1)    Beragama Islam
2)   Bercakap melayu
3)   Mengamalkan adat budaya Melayu

Jelas daripada makna ini sudah tentu sepatutnya Islam menjadi dasar perjuangan UMNO.  Hukum Islam sudah ditegakkan 53 tahun yang lalu.  Oleh kerana UMNO mempunyai perasaan yang sama dengan Fir'aun iaitu mahu menyembah tuhan yang selain Allah maka dasar perjuangan UMNO tidak Islam.  Dasar perjuangan UMNO ialah sekularisme iaitu memisahkan agama dengan kehidupan.

   Sesiapa yang terus bersama dengan UMNO yang sekular sebenarnya masih BELUM MERDEKA SEPENUHNYA.   Islam menganjurkan kemerdekaan.  Merdeka dalam bentuk penyembahan, merdeka dari segala bentuk pemisahan agama, merdeka membuat keputusan dan kemerdekaan yang syumul itu hanya ada pada Islam.   Contoh jelas, UMNO nak Islam kononnya

1)   Masjid mestilah bebas dari politik.  Tetapi yang memegang JK masjid ialah orang UMNO
2)   UMNO nak amal ekonomi Islam tetapi ekonomi kapitalis-riba masih berleluasa
3)   UMNO tak nak makan duit judi tetapi membenarkan perjudian berleluasa, terbaru dibuka pula sebuah kasino di Sabah.  Sabah negeri diperintah UMNO
4)   UMNO nak pemerintahan bersih tapi tak mahu SPR duduk di bawah Parlimen.  SPR masih duduk di bawah ketiak PM.  SPR masih tertakluk dibawah arahan JPM
5)   UMNO nak perpaduan tetapi tak nak rujuk Al-Qur'an.  Perpaduan pada UMNO ialah PAS mesti masuk dan bersama UMNO

     Jauhi UMNO kerana mereka tidak mahu kepada Islam.  Jangan undi calon UMNO DALAM PRU 13.  Bila UMNO tak mahu Al-Qur'an dan Sunnah maka UMNO MESTILAH DILIHAT DENGAN JIJIK. UMNO jijik.,

   UNDILAH CALON PAKATAN RAKYAT DALAM PRU 13  UNTUK KEADILAN DAN KEBENARAN.  PR BERUSAHA MEMERDEKAKAN UMAT DARI KONGKONGAN HAWA NAFSU.  TOLAK UMNO. TALKINKAN UMNO.

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP