#1

SIRI 13-UMNO=FIR'AUN - SOMBONG TERHADAP RISALAH KENABIAN

>> Selasa, Oktober 05, 2010

ISLAM MENENTANG GAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU KE 178

FIR'AUN MENYOMBONG DIRI TERHADAP RISALAH NABI MUSA
UMNO MENYOMBONG DIRI TERHADAP RISALAH NABI MUHAMMAD SAW

Dalam siri ke 13 Allah mendedahkan pula kejahatan fir'aun iaitu Fir'aun menyombong diri terhadap risalah Nabi Musa.  Allah nyatakan dalam surah Yunus ayat 75.



Kemudian Kami utuskan sesudah Rasul-rasul itu, Nabi Musa dan Nabi Harun, kepada Firaun dan kaumnya dengan membawa ayat-ayat Kami; lalu mereka (Firaun dan kaumnya) berlaku sombong takbur (enggan menerimanya), dan mereka adalah kaum yang biasa melakukan dosa.

Dalam ayat ini Allah Taala menceritakan 2 perkara

1)  Dibangkitkan Nabi Musa dan Nabi Harun kepada Fir'aun

2)  Fir'aun menyombong diri (takabbur) terhadap da'wah Nabi Musa dan Harun

3)  Fir'aun dihujung ayat ini termasuk orang yang berdosa (mujrimun)

    Al-Maraghi menyatakan dalam tafsirnya bahawa rasa bongkak dan takabur fir'aun menyebabkan ia menolak da'wah Nabi Musa.  Inilah kebatilan fir'aun.  Kekal fir'aun menolak da'wah Nabi Musa hingga menebal rasa takaburnya.  Celaan terus diberikan kepada da'wah Nabi Musa.  Bukan setakat itu fir'aun mohon pembesarnya mengumpul seluruh ahli sihir untuk menghancurkan Nabi Musa.

    UMNO juga sama macam fir'aun.  UMNO bongkak dan takabur terhadap Islam.  UMNO kata hukum Islam tidak moden dan semasa.  Yang semasa ialah hukum berdasarkan common law-London.  UMNO memperlecehkan da'wah untuk membentuk negara Islam.  UMNO kata negara sekular pun tak pe, asal boleh sembahyang berjemaah di masjid sudah cukup.  Pokoknya pada UMNO

1)   Apa yang ditunjukkan Nabi Muhammad saw - UMNO tolak
2)   UMNO tak mahu melaksanakan Islam yang syumul seperti yang ditunjukkan Nabi Muhammad saw
3)   Penolakan oleh UMNO ini akan menggolongkan penyokong UMNO, pemimpin UMNO, pengundi calon UMNO, simpati dengan UMNO dalam golongan orang yang berdosa

     Jauhi UMNO.  Parti UMNO adalah parti yang lawan Islam.  Jangan undi calon UMNO dalam PRU 13 dan PRK Galas.  UNDI UMNO BERMAKNA MENYOKONG MUNGKAR

    UNDILAH CALON PAS DAN PAKATAN RAKYAT DALAM PRU 13 DAN PRK GALAS.  TIDAK ADA LAIN PERUBAHAN INI MESTILAH DIBUAT SUPAYA KESEJAHTERAAN HIDUP RAKYAT DAPAT DIBINA KEMBALI.  TALKINKAN UMNO.

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP