#1

SIRI 17-UMNO=FIR'AUN - PERTAHAN KEZALIMAN DAN KEBATILAN

>> Sabtu, Oktober 09, 2010

ISAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU 182

FIR'AUN - PERTAHAN KEZALIMAN DAN KEBATILAN
UMNO - PERTAHAN POLITIK PERKAUMAN DAN KEMUNGKARAN

Allah taala berfirman dalam Surah Ibrahim ayat 5



Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Musa (pada masa yang lalu) dengan membawa mukjizat-mukjizat Kami sambil Kami berfirman: "Hendaklah engkau mengeluarkan kaummu dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman; dan ingatkanlah mereka dengan Hari-hari Allah. "Sesungguhnya yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan Allah bagi tiap-tiap seorang yang kuat bersabar, lagi kuat bersyukur.

     Dalam ayat ini Allah Taala menegaskan

1)  Nabi Musa adalah Rasul yang bertanggungjawab mengeluarkan rakyat Mesir kepada cahaya Taurat

2)  Manusia mestilah sentiasa ingat akan hari-hari Allah (hari Qiyamat, Mahsyar dan azab)

    Al-Maraghi menyatakan bahawa tugas kerasulan ialah membimbing manusia kepada jalan Allah.  Mka Nabi Musa diarah oleh Allah Taala untuk mengeluarkan bani Israel dari kegelapan menuju kepada cahaya Allah (Taurat).  Inilah tugas kerasulan.  Tidak dibenarkan membiarkan umat terus berada dalam kegelapan dan kezaliman.

     UMNO juga membawa kegelapan dan kezaliman.  UMNO menafi Al-Qur'an dan Sunnah dengan mengambil sebahagian dari Al-Qur'an dan menolak yang lain.  Inilah kezaliman dan kegelapan.  UMNO pertahankan politik perkauman yang bertentangan dengan Al-Qur'an dan Sunnah.  UMNO pertahan ISA, OSA, mengambil wang rakyat secara batil, perguna FELDA, FELCRA.  Semuanya adalah kezaliman yang bertentangan dengan nilai Islam.

     Jauhi UMNO. UMNO guna strategi Fir'aun.  Jangan undi calon UMNO di GALAS.  JANGAN UNDI CALON UMNO DALAM PRU 13.  JANGAN PERCAYA DENGAN UMNO.  TALQINKAN UMNO DAN DOA KEHANCURAN UMNO.

    UNDI CALON PAS DI GALAS DAN DALAM PRU 13.  KEMBALIKAN UMAT KEPADA AL-QUR'AN DAN SUNNAH NABI MUHAMMAD SAW.

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP