ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MEL;AYU 173
FIR'AUN SEKAT DA'WAH NABI MUSA
UMNO SEKAT DA'WAH NABI MUHAMMAD SAW/PAS DAN PAKATAN RAKYAT
Allah Taala berfirman dalam surah Al-'araf ayat 127
Dan berkatalah pula Ketua-ketua dari kaum Firaun: "Adakah engkau (wahai Firaun) hendak membiarkan Musa dan kaumnya untuk melakukan kerosakan di bumi (Mesir) dan meninggalkanmu serta apa-apa yang dipuja olehmu?" Firaun menjawab: "Kita akan membunuh anak-anak lelaki mereka dan kita biarkan hidup anak-anak perempuan mereka, dan kita tetap menguasai (menundukkan) mereka".
Setelah Fir'aun kalah dalam pertembungan pertama dengan Nabi Musa iaitu pertembungan antara ahli sihir dengan mukjizat Nabi Musa dan akhirnya ahli sihir dibunuh fir'aun maka Nabi Musa dan Nabi Harun tidak berhenti berda'wah. Usaha da'wah diteruskan oleh Nabi Musa dan Harun. Perkembangan da'wah Nabi Musa yang mengancam kerajaan Fir'aun ini akhirnya mendapat respon dari kalangan pembesar-pembesar Fir'aun. Inilah penceritaan dalam ayat 127 ini yang Allah menggambarkan
1) kekuatiran yang menggugat kerajaan Fir'aun
2) tindakbalas dari Fir'aun ialah meneruskan kezaliman - membunuh semua anak lelaki
Usaha Nabi Musa dan da'wahnya berkembang. Perkembangan ini menggugat kerajaan Fir'aun. Justeru pembesarnya bertanyakan kepada Fir'aun "apakah dibiarkan saja Nabi Musa" Persoalan itu dijawab oleh Fir'aun secara konsisten iaitu dibunuh anak lelaki kerana lelakilah yang bakal menjatuhkan kerajaan Fir'aun.
UMNO juga serupa dengan Fir'aun. UMNO sekat parti yang hendak menegakkan kebenaran. Menyekat agama Nabi Muhammad saw. UMNO akan berbuat apa sahaja untuk menyaingi PAS dan PAKATAN. Termasuk melaksanakan perkara yang tidak dikehendaki agama. Sekatan oleh UMNO-BN seperti
1) Menahan royalti minyak Kelantan
2) Menahan 118 projek Negeri Kelantan oleh kerajaan Pusat
3) Meluluskan judi bola walaupun diharamkan Islam
4) Tidak memberi lesen ceramah
5) Hanya ustaz yang sokong UMNO sahaja yang berceramah di masjid
6) Hanya orang UMNO sahaja yang mentadbir masjid
7) Hanya penyokong UMNO sahaja mendapat lot kg tersusun
8) Hanya Ketua Cawangan UMNO saja yang layak menjadi Ketua Kampung. Dalam kampung kalau ada layak akan dicantas
9) Kakitangan kerajaan jadi takut menegakkan kebenaran. Menyatakan kebenaran maka tukang kebun yang sokong UMNO beri maklumat pada ketua bahagian UMNO, Ketua bahagian UMNO menyalurkan maklumat kepada menteri. Menteri UMNO-BN akan menukar tempat kerja kakitangan tersebut. Tukang kebun ahli parti. Pengetua sekolah tidak berparti. Siapa lebih besar? Patut Pengetua. Tapi zaman UMNO yang lebih berkuasa ialah tukang kebun. Pengetua takut kepada tukang kebun dan bermacam-macam lagi.
Ini rupa kezaliman UMNO. Jangan dekat dengan UMNO kerana UMNO bersifat zalim seperti Fir'aun. Menyokong UMNO dengan memberi UNDI dalam PRU 13 bermakna anda menyokong kezaliman yang tidak direstui oleh Allah. Jangan UNDI calon UMNO dalam PRU 13
UNDI DAN SOKONGLAH PAS, PKR DAN DAP UNTUK KESEJAHTERAAN HIDUP RAKYAT. INI SUDAH BERLAKU DI KELANTAN (20 TAHUN DULU), KEDAH, PP, S'GOR. KEKAYAAN NEGERI DISERAHKAN KEMBALI KEPADA RAKYAT MELALUI AKTIVITI NEGERI BERKEBAJIKAN.
Read more...