#1

UMNO TOLAK HUKUM HUDUD, ANAK LUAR NIKAH 2029 - 1 JUTA

>> Isnin, Mei 10, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 75

UMNO TOLAK HUDUD, JUMLAH ANAK LUAR NIKAH 2029 - 1 JUTA


Allah Taala berfirman dalam surah An-Nisa 105


Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat. 
Chinese
我確已降示你包含真理的經典,以便你據真主所昭示你的(律例),而替眾人判 決。你不要替奸人做辯護人。 
Tamil 
(நபியே!) அல்லாஹ் உமக்கு அறிவித்ததைக் கொண்டு, நீர் மனிதர்களிடையே தீர்ப்பு வழங்குவதற்காக, முற்றிலும் உண்மையைக் கொண்டுள்ள இவ்வேதத்தை நிச்சயமாக நாம் உம்மீது இறக்கியுள்ளோம்;. எனவே சதி மோசக்காரர்கள் சார்பில் வாதாடுபவராகி விடாதீர்.
(4:105)

    Dalam ayat ini jelas Allah Taala meletakkan hukum utama untuk mengawal manusia ialah hukum daripada Allah. Hukum manusia tidak dapat mengawal nafsu manusia.  Lihat sahaja anak luar nikah, 20 tahun akan datang jumlah anak luar nikah di Malaysia ialah sebanyak 1 juta orang.  Wahai orang Melayu tidakkah kamu takut.  Anak luar nikah adalah

1)    haram di sudut Islam.  Hukuman kepada pelakunya ialah yang sudah kahwin berzina -rejam sampai mati.  Yang bujang berzina sebat 100 kali.

2) hanya hukum Allah sahaja yang dapat mengawal perzinaan.

3)  hukum manusia akan terus menggalakkan perzinaan.

     Apakah orang Melayu tidak risau apa yang akan berlaku 20 akan datang, apabila jumlah anak luar nikah adalah 1 juta orang?  Kenapa keadaan ini berlaku?  Tidak lain kerana UMNO hari ini tidak mahu hukum hudud.  Gejala yang berleluasa ini memang tidak dapat dirasai sekarang.  Tetapi 20 tahun akan datang anak luar nikah sudah berleluasa dan berjumlah 1 juta orang.

     Orang UMNO mestilah bertanggungjawab terhadap gejala ini.  20 tahun akan datang anak luar nikah ini akan kahwin dan mengeluarkan zuriat yang terus menerus terputus nasab.  Zuriat terputus nasab

1)  pembahagian harta faraid tidak dapat
2)  tidak layak menjadi waliy pernikahan,  waliy nikah ialah waliy hakim
3)  zuriat yang dibina terputus nasab
4)  psikologi anak yang terbina akan menjadi lemah (status keluarga yang tidak jelas)

     Oleh yang demikian wahai seluruh orang UMNO kembalilah menegakkan hukum Allah.  Selamatkanlah generasi akan datang.  Kesalahan pembinaan generasi adalah terletak pada UMNO.  Pemimpin UMNO bagi duit - ambil, bagi kopi - kacau, bagi kain pelekat - pakai.  Tapi bila undi, undilah PAS untuk nenegakkan hukum Allah bagi menyelamatkan generasi akan datang.  Selamat tinggal UMNO.


0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP