#1

UMNO TIDAK BERIMAN DENGAN AYAT QISAS 3

>> Sabtu, Mei 29, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 93



ALLAH TAALA BERFIRMAN DALAM SURAH ISRA AYAT 33


Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar. Dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah ia melampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak). 
Chinese
你們不要違背真主的禁令而殺人,除非因為正義。無辜而被殺者,我已把權柄授 予他的親戚,但他們不可濫殺,他們確是受援助的。 
Tamil
(கொலையை) அல்லாஹ் விலக்கியிருக்க நீங்கள் எந்த மனிதனையும் நியாயமான காரணமின்றிக் கொலை செய்து விடாதீர்கள்; எவரேனும் அநியாயமாகக் கொலை செய்யப்பட்டு விட்டால், அவருடைய வாரிசுக்கு (பதிலுக்கு பதில் செய்யவோ அல்லது மன்னிக்கவோ) நாம் அதிகாரம் கொடுத்திருக்கிறோம்; ஆனால் கொலையி(ன் மூலம் பதில் செய்வதி)ல் வரம்பு கடந்து விடக் கூடாது நிச்சயமாக கொலையுண்டவரின் வாரிசு (நீதியைக் கொண்டு) உதவி செய்யப் பட்டவராவார்.
 (17:33)


    Dalam ayat ini Allah Taala memberi hak kepada waris simati untuk menuntut balas diatas penganiayaan yang dilakukan.  Menuntut balas mestilah mengikut kaedah yang telah ditetapkan Islam.  Islam menetapkan baha pembunuhan hanya boleh berlaku dalam 3 keadaan iaitu

1)     melaksanakan hukuman bunuh balas bunuh
2)     melaksanakan hukuman murtad
3)     melaksanakan hukuman rejam sampai mati bagi penzina yang sudah kahwin

     Begitulah kawalan Islam terhadap nyawa.  Islam meletakkan harga nyawa sangat tinggi.  Orang kafir sekalipun tidak dibenarkan Islam membunuhnya kecuali dalam peperangan.  Apabila berlaku perang Islam meletakkan lagi syarat yang sangat ketat.  Tidak sama sekali dibenarkan membunuh

1)    kanak-kanak
2)    wanita
3)    orang tua
4)    orang kurang upaya
5)    tidak boleh menyerang rumah ibadah

    Nyawa yang ada pada manusia adalah milik Allah.  Maka Allah Taala menentukan kaedah hukumnya.  Kematian yang dibuat secara aniaya mestilah mendapat tuntutan daripada waris.  Maka Islam menetapkan hukum tersebut iaitu

1)     Balas bunuh iaitu pembunuh dibunuh
2)    Maaf dengan bayaran diyat.  Bayaran denda ialah sebanyak 100 ekor unta.  Unta yang menjadi bayaran diyat ini pula ada terdiri daripada pelbagai kategori iaitu yang bunting hendak beranak dalam masa 2/3 hari, yang sederhana dan berumur sekitar 2 tahun keatas.  Syarat adalah ketat kerana nyawa bukan perkara kecil dalam kehidupan manusia.

     Inilah yang tidak diimani oleh UMNO.  Dosa mereka yang melakukan pembunuhan hanya akan diampun Allah melalui pelaksanaan hukum Qisas.  Dengan terlaksananya hukum Qisas maka dosa orang yang melakukan pembunuhan diampuni Allah.  UMNO sebagai pemerintah tidak menyediakan ruang ini.  Apabila ruang ini tidak disediakan maka budaya membunuh berleluasa dalam kehidupan masyarakat.  UMNO bertanggungjawab penuh terhadap budaya yang merosakkan ini. 

     Redha kepada kekufuran maka jadi kufur (maksud hadis).  Ahli UMNO berhujah hahawa mereka tak masuk campur kerana ini adalah urusan pemimpin mereka.  Siapa yang melantik pemimpin UMNO, bukankah datang daripada undi daripada ahli UMNO juga.  Pemimpin UMNO memang sudah memikul dosa kerana tidak membuat Qisas.  Ahli UMNO peringkat bawah juga mendapat dosa kerana melantik pemimpin UMNO di atas dan menjadi ahli kepada parti yang menolak dan tidak beriman dengan hukum Qisas.

    Wahai ahli UMNO, segeralah tinggalkan UMNO.  Sertailah perjuangan yang lebih mulia iaitu menegakkan perjuangan Islam.  Terus berusaha untuk menegakkan keadilan  dan kebenaran Allah.  Islam yang dianuti bermakna tunduk dibawah kekuasaan Allah dan kedaulatan hukum Allah.  Meyakini hukum manusia lebih hebat daripada hukum Allah adalah kufur.

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP