#1

UMNO TIDAK BERIMAN DENGAN HUKUM HUDUD 3 - SEBAT 80 KALI PEMINUM ARAK

>> Jumaat, Mei 21, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 86

UMNO TAK BERIMAN DENGAN AYAT HUDUD 3 - 
SEBAT 80 KALI BAGI PEMINUM ARAK


Allah Taala berfirman dalam Surah Al-Maidah ayat 90


Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. 
Chinese
信道的人們啊!飲酒、賭博、拜像、求簽,只是一種穢行,只是惡魔的行為,故當 遠離,以便你們成功。 
Tamil
ஈமான் கொண்டோரே! மதுபானமும், சூதாட்டமும், கற்சிலைகளை வழிபடுதலும், அம்புகள் எறிந்து குறி கேட்பதும், ஷைத்தானின் அருவருக்கத்தக்க செயல்களிலுள்ளவையாகும். ஆகவே நீங்கள் இவற்றைத் தவிர்த்துக் கொள்ளுங்கள் - அதனால் நீங்கள் வெற்றியடைவீர்கள்.
 (5:90)

     Dalam ayat ini jelas bahawa Allah Taala berfirman tegahan untuk meminum arak.  Dalam Islam peminum arak dihukum dengan hukum hudud.  Dosa meminum arak hanya akan terampun apabila dilaksanakan hukuman ini.  Nabi Muhammad saw memukul peminum arak dengan 40 sebatan.  Nabi Muhammad saw menyebat secara berganda (2 kali).  Namun di zaman Saidina Umar oleh kerana budaya meminum arak berterusan maka Saidina Umar berijtihad untuk menyebat 1 x sebatan dan tidak secara berganda dengan bilangan yang sama seperti Nabi Muhammad saw.  Maka hukuman hudud untuk peminum arak adalah sebanyak 40 x sebatan secara berganda atau 80 sebatan.

     UMNO tidak beriman dengan ayat hukum ini.   Kerajaan Pusat UMNO-BN terus mengeluarkan lesen untuk arak.  Mereka yang berhujah kenapa Kelantan ada kedai arak?  Lesen menjual arak dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan dan bukan kerajaan negeri.  Sama juga dengan lesen judi, ianya dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan dan bukan kerajaan negeri.  Cukai untuk arak dan judi dan rokok terus dibayar kepada kerajaan pusat iaitu UMNO-BN.

     Hukuman 6 sebatan di DUN Pahang.  Hukuman ini diluluskan oleh Sidang DUN Pahang yang majoritinya adalah daripada UMNO.  UMNO mempersenda hukuman Allah.  Kenapa DUN Pahang tidak meluluskan 80 sebatan?  Inilah persendaan UMNO terhadap hukum Allah.  UMNO menggunakan akal,  sebat juga tapi janganlah bilangan 80 sebatan, cukup dan memadai dengan 6 x sebatan sahaja. 

     Yang jelas peminum arak tiada ruang dosa mereka diampun Allah.  Dosa hukuman hudud hanya terampun dengan hukuman hudud sahaja.  

     Satu lagi ayat Al-Qur'an yang tidak diimani oleh UMNO.  UMNO tolak hukum sebat.  Kalau UMNO buat pun ia adalah tidak mengikut Al-Qur'an dan Sunnah.  Kalau dah tidak ikut Al-Qur'an dan Sunnah maka UMNO ikut siapa?  Sudah pasti UMNO ikut hawa nafsu.  Apakah dengan ikut hawa nafsu maka bolehkah masuk syurga?  Wahai orang UMNO tinggalkanlah UMNO dan isi lah segera Borang menyertai PAS.

2 komen:

ez4ubiz73 15 Jun 2011 pada 4:04 PTG  

suke! kalu ustaz bole bagi jawaban b alas kpd kesesatan d url ini yg saya jumpe :

http://www.e-bacaan.com/artikel_hududpas.htm

ez4ubiz73 15 Jun 2011 pada 4:08 PTG  

satu lagi kalu ustaz dpt bagi jawaban balas utk url ini yg saya jumpa:

http://fantrealika.tripod.com/Kaedah.htm

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP