#1

UMNO TAK BERIMAN DENGAN HUKUM HUDUD 2 - TUDUHAN QAZAF DENGAN 4 SAKSI

>> Khamis, Mei 20, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 85

UMNO TAK BERIMAN DENGAN AYAT HUDUD 2 - 
TUDUHAN QAZAF DENGAN 4 SAKSI
   
        
 ALLAH TAALA BERFIRMAN DALAM SURAH AN-NUR AYAT 4


Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik; - 
Chinese
凡告發貞節的婦女,而不能舉出四個男子為見証者,你們應當把每個人打八十 鞭,並且永遠不可接受他們的見証。這等人是罪人。 
Tamil
எவர்கள் கற்புள்ள பெண்கள் மீது அவதூறு கூறி (அதை நிரூபிக்க) நான்கு சாட்சிகளைக் கொண்டு வரவில்லையோ, அவர்களை நீங்கள் எண்பது கசையடி அடியுங்கள்; பின்னர் அவர்களது சாட்சியத்தை எக்காலத்திலும் ஏற்றுக் கொள்ளாதீர்கள் நிச்சயமாக அவர்கள்தான் தீயவர்கள்.
 (24:4)

     Dalam ayat ini Allah Taala meletakkan dan mengaturkan hukumNya yang Maha Adil.  Menuduh orang baik berzina/liwat hendaklah mendatangkan 4 saksi. Tanpa 4 saksi maka kes digugurkan dan orang yang membuat tuduhan dikenakan 80 x sebatan.  Begitulah Islam menjaga kehormatan seseorang.  Tuduhan tanpa saksi adalah tidak dibenarkan dalam Islam.

     Kes liwat DS Anwar Ibrahim adalah jelas menunjukkan bahawa UMNO tidak beriman dengan ayat ini.  Pemimpin UMNO, Dr Mahathir tuduh DS Anwar liwat.  Tuduhan sahaja maka Mahathir mesti bawa 4 saksi.  Maka bila tiada saksi walau Mahathir  mengatakan dalam parlimen bahawa susah mencari saksi yang adil, maka hukuman pada Mahathir mengikut hukum Islam adalah sebat 80 x.  Oleh kerana Mahathir gagal menyatakan 4 saksi maka kesaksian Mahathir tidak boleh diterima sepanjang hayat.

    Kini tuduhan liwat ke 2 DSAI, UMNO menggunakan kaedah yang sama seperti zaman Mahathir.  Kaedah yang sama iaitu tuduhan tanpa saksi.  Ini yang dikatakan bahawa UMNO tidak beriman dengan ayat ini.  Kalau UMNO beriman sudah pasti kaedah ini tidak digunakan. UMNO menunjukkan bahawa tiada imannya maka dibicarakan kes ini di mahkamah sivil.  Mahkamah syariah tidak dibenarkan untuk membicarakan kes liwat.

     Kedua-dua insiden ini menggambarkan kebathilan bahawa UMNO langsung tidak beriman dengan ayat hukum hudud Allah. Wahai ahli UMNO kenapa masih dalam UMNO?  Begitulah pemimpin kamu yang sudah sangat jauh dari Islam , kenapa kamu masih dalam UMNO.

    Itulah hukum hudud yang kedua yang diingkari oleh UMNO.  UMNO sudah jauh terpesong. dari Islam.  Tinggalkan UMNO dan Isi borang PAS

2 komen:

Tanpa Nama,  20 Mei 2010 pada 12:24 PTG  

yup...mmg dalam islam perlu 4 org saksi...semakin banyak la kes rogol, zina dan liwat akan berlaku~ katakan kes itu benar2 berlaku, dan tiada saksi ketika itu.. apakah pembelaan untuk insan yg kena liwat @ rogol tersebut? maka pesalah yg melakukan kemungkaran ini akan terus bebas kerana dia tahu dia x blh didakwa sekiranya tiada 4 org saksi.. mungkin ini hujah akal, tp masih rasional..

hamba kerdil,  20 Mei 2010 pada 5:30 PTG  

Orang yg sebenar benar beriman akan yakin 100% dan ikut saja hukum yg ditentukan Allah.Sesungguhnya Allah maha mengetahui.Siapalah kita nak mempertikai hukum yg telah ditentukan Allah.

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP