#1

UMNO TIDAK BERIMAN DENGAN AYAT HUKUM QISAS

>> Selasa, Mei 18, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 83

UMNO TIDAK BERIMAN DENGAN AYAT HUKUM QISAS 

ALLAH TAALA BERFIRMAN SURAH AL BAQARAH 178


Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "Qisas" (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan. Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya. 
Chinese
信道的人們啊!今以殺人者抵罪為你們的定制,公民抵償公民,奴隸抵償奴隸,婦女 抵償婦女。如果屍親有所寬赦,那末,一方應依例提出要求,一方應依禮給予賠償,這是你們的主所降示的減輕和慈恩。事後,過份的人,將受痛苦的刑罰。
Tamil
ஈமான் கொண்டோரே! கொலைக்காகப் பழி தீர்ப்பது உங்கள் மீது விதிக்கப்பட்டுள்ளது- சுதந்திரமுடையவனுக்குச் சுதந்திரமுடையவன்;, அடிமைக்கு அடிமை, பெண்ணுக்குப் பெண் இருப்பினும் (கொலை செய்த) அவனுக்கு அவனது (முஸ்லிம்) சகோதரனா(கிய கொலையுண்டவனின் வாரிசுகளா)ல் ஏதும் மன்னிக்கப்படுமானால், வழக்கமான முறையைப் பின்பற்றி (இதற்காக நிர்ணயிக்கப் பெறும்) நஷ்ட ஈட்டைக் கொலை செய்தவன் பெருந்தன்மையுடனும், நன்றியறிதலுடனும் செலுத்திவிடல் வேண்டும் - இது உங்கள் இறைவனிடமிருந்து கிடைத்த சலுகையும், கிருபையுமாகும்; ஆகவே, இதன் பிறகு (உங்களில்) யார் வரம்பு மீறுகிறாரோ, அவருக்குக் கடுமையான வேதனையுண்டு.
 (2:178)

     Dalam ayat ini jelas Allah menyuruh orang yang beriman untuk melaksanakan hukum Qisas iaitu bunuh balas bunuh.  Hukum ini adalah penting untuk menghapuskan perasaan balas dendam terhadap mana-mana pembunuhan.  Status hukum ini adalah wajib.

     Untuk melaksanakan hukuman ini maka diperlukan kuasa.  UMNO sedang berkuasa di peringkat persekutuan.  Mengikut Perlembagaan Malaysia wujud Persekutuan (federalism).  Negeri mestilah tertakluk kepada konteks persekutuan.  Itu sebab Qisas tidak boleh dibuat di negeri (Kelantan) sebagai contoh.  Orang UMNO berhujah kerajaan Kelantan PAS buat le Qisas.  Orang UMNO yang berhujah seperti ini tidak memahami konteks federalism.  Kelantan tidak ada autonomi seperti Acheh.  Di Acheh Indonesia, Qisas dibuat kerana ada autonomi.

    Oleh kerana UMNO berkuasa di peringkat Persekutuan maka UMNO wajib melaksanakan hukum Qisas.  Tetapi UMNO tolak dan tidak beriman dengan ayat ini.  Pemimpin UMNO mengemukakan hujah nanti tidak ada pelabur luar negara datang ke negara ini.  Ini semua adalah hujah akal yang ditolak Islam.  Yang sebenarnya UMNO tidak mahu melaksanakan hukum Allah dan tidak beriman dengan ayat ini.  Ayat suruhan puasa dan solat, orang UMNO yakin dan melaksanakannya.  Kenapa ayat hukum Qisas UMNO tak yakin?

   Wahai orang UMNO berubahlah.  UMNO sudah tidak beriman dengan ayat Al-Qur'an.  Marilah masuk dan isi borang PAS.  Sayonara UMNO.

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP