#1

UMNO TIDAK BERIMAN DENGAN AYAT QISAS 4

>> Ahad, Mei 30, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 94



ALLAH TAALA berfirman dalam surah an-Nisa 92


Dan tidak harus sama sekali bagi seseorang mukmin membunuh seorang mukmin yang lain, kecuali dengan tidak sengaja. Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan tidak sengaja, maka (wajiblah ia membayar kaffarah) dengan memerdekakan seorang hamba yang beriman serta membayar "diah" (denda ganti nyawa) yang diserahkan kepada ahlinya (keluarga si mati), kecuali jika mereka sedekahkan (memaafkannya). Tetapi jika ia (yang terbunuh dengan tidak sengaja) dari kaum (kafir) yang memusuhi kamu, sedang ia sendiri beriman, maka (wajiblah si pembunuh membayar kaffarah sahaja dengan) memerdekakan seorang hamba yang beriman. Dan jika ia (orang yang terbunuh dengan tidak sengaja itu) dari kaum (kafir) yang ada ikatan perjanjian setia di antara kamu dengan mereka, maka wajiblah membayar "diah" (denda ganti nyawa) kepada keluarganya serta memerdekakan seorang hamba yang beriman. Dalam pada itu, sesiapa yang tidak dapat (mencari hamba yang akan dimerdekakannya), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut; (hukum yang tersebut) datangnya dari Allah untuk menerima taubat (membersihkan diri kamu). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. 
Chinese
信士不致於殺害信士,除非是誤殺。誰誤殺一個信士,誰當釋放一個信道的奴隸, 並以血鍰交付屍親,除非他們自願讓與。被殺的信士,如果他的宗族是你們的敵人,那末,凶手應當釋放一個信道的奴隸。如果被殺者的宗族是你們的盟友,那末, 凶手應當以血鍰交付屍親,並釋放一個信道的奴隸。誰不能釋放奴隸,誰當連續齋戒兩月,這是因為真主准許他悔過自新。真主是全知的,是至睿的。 
Tamil
தவறாக அன்றி, ஒரு முஃமின் பிறிதொரு முஃமினை கொலை செய்வது ஆகுமானதல்ல. உங்களில் எவரேனும் ஒரு முஃமினை தவறாக கொலை செய்துவிட்டால், அதற்குப் பரிகாரமாக முஃமினான ஓர் அடிமையை விடுதலை செய்ய வேண்டும்; அவனுடைய குடும்பத்தாருக்கு நஷ்ட ஈடு கொடுக்க வேண்டும் - அவனுடைய குடும்பத்தார் (நஷ்ட ஈட்டுத் தொகையை மன்னித்து) அதை தர்மமாக விட்டாலொழிய கொல்லப்பட்ட அவன் உங்கள் பகை இனத்தைச் சார்ந்தவனாக (ஆனால்) முஃமினாக இருந்தால், முஃமினான ஓர் அடிமையை விடுதலை செய்தால் போதும் (நஷ்ட ஈடில்லை. இறந்த) அவன் உங்களுடன் சமாதான (உடன்படிக்கை) செய்து கொண்ட வகுப்பாரைச் சேர்ந்தவனாக இருந்தால் அவன் சொந்தக்காரருக்கு நஷ்ட ஈடு கொடுப்பதுடன், முஃமினான ஓர் அடிமையை விடுதலை செய்யவும் வேண்டும்;. இவ்வாறு (பரிகாரம்) செய்வதற்கு சக்தியில்லாதவனாக இருந்தால், அல்லாஹ்விடம் மன்னிப்புப் பெறுவதற்காகத் தொடர்ந்து இரண்டு மாதங்கள் நோன்பு வைக்க வேண்டும் - அல்லாஹ் நன்கு அறிந்தவனாகவும், பூரண ஞானமுடையவனாகவும் இருக்கிறான்.
(4:92)

    Dalam ayat ini Allah menunjukkan kepada manusia sistem Islam yang siap untuk menerima yang bukan Islam tetapi bersedia untuk berada dibawah peraturan Islam.  Begitulah peraturan Islam, Islam tidak pernah terikat dengan bangsa dan keturunan.  Islam sedia menampung mana-mana manusia yang mahu berlindung dengan hukum Allah.  Ini kerana seluruh manusia adalah diciptakan oleh Allah.

    Apabila terlaksana hukum Allah maka orang yang kafir terdiri daripada 2 golongan iaitu kafir harbi dan kafir zimmi.  Kafir harbi tiada banyak perbincangan kerana kafir ini adalah manusia yang menentang Islam.  Manakala kafir zimmi ialah orang kafir yang belum bersyahadah tetapi rela duduk dibawah peraturan Islam.  Mereka disebut dalam ayat ini oleh Allah perlindungan nyawa mereka adalah seperti mana Allah Taala melindungi nyawa orang yang beriman.  Tidak lain ini kerana nyawa adalah milik Allah dan bukan milik manusia atau parti seperti UMNO.

    Perkara ini tidak boleh dilakukan kerana UMNO tidak buat hukum Islam.  UMNO tolak hukum Islam.  Bila UMNO tolak hukum Islam maka tiada siapapun yang mendapat perlindungan.  Pembunuhan diperingkat atasan tidak dihukum bunuh tetapi penjara seumur hidup (Datuk Moktar Hashim).  Nanti oleh kerana berkelakuan baik maka dibebaskan.  Itulah hukum UMNO.  Orang bawahan yang bunuh maka dihukum bunuh pula.  Inilah kerja jahat UMNO.  Nyawa pada pemimpin UMNO tiada harga.  Siapa menjadi ahli UMNO maka dipelihara.

    Islam menolak hukum manusia dalam bab pembunuhan.  Hukum yang penuh dengan perlindungan dan keadilan tidak lain adalah hukum Allah.  Berlindung dengan hukum Allah maka akan tercerna keadilan.  Itu sebab PAS berusha untuk melaksanakan perlindungan ini.  Dewan Perhimpunan Kelab Penyokong PAS (DPKPP) yang disertai oleh bangsa Cina dan India dan lain-lain bangsa sedang menuju makna dan pengertian perlindungan hukum Allah.  Mereka yang mahu menjadi ahli kepada DPKPP ini mestilah bersetuju untuk memilih Islam sebagai tempat berlindung.  Setelah bersedia untuk menjadikan Islam sebagai tempat berlindung maka barulah layak untuk menjadi ahli DPKPP.  Itu sebab PAS sedia mengemukakan calon daripada bangsa bukan melayu pada p/raya ke-13 kerana mereka yang ahli DPKPP telah memilih dan mahu bersama Islam.

   Dalam UMNO tiada. UMNO kekal parti perkauman Melayu sempit. Dah le tolak hukum Allah, amal pula hukum manusia yang sesat.  Dah le yop, dah le yong tinggalkan le UMNO itu. Segera menyertai perjuangan PAS yang berusaha untuk melaksanakan Islam yang syumul.  Moh isi borang PAS.

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP