#1

UMNO TAK BERIMAN DENGAN HUKUM ALLAH (HUDUD)

>> Rabu, Mei 19, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 84

UMNO TAK BERIMAN DENGAN AYAT HUKUM HUDUD
SEBAT 100 X BAGI PENZINA BUJANG LELAKI DAN PEREMPUAN


ALLAH TAALA BERFIRMAN DALAM SURAH AN-NUR AYAT 1-2


Ini ialah satu "surah" yang Kami turunkan, dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya). 
Chinese
(這是)一章經,我降示它,並以它為定制,且在其中降示許多明顯的蹟象,以便 你們記憶。 
Tamil
(இது திருக்குர்ஆனின்) ஓர் அத்தியாயமாகும்; இதனை நாமே அருளச் செய்து, அதிலுள்ளவற்றை விதியாக்கினோம்; நீங்கள் நல்லுபதேசம் பெறுவதற்காக இதில் நாம் தெளிவான வசனங்களை அருள் செய்தோம்.
 (24:1)


Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.  
Chinese
淫婦和奸夫,你們應當各打一百鞭。你們不要為憐憫他倆而減免真主的刑罰,如果 你們確信真主和末日。叫一伙信士,監視他倆的受刑。 
Tamil
விபசாரியும், விபசாரனும் இவ் விருவரில் ஒவ்வொருவரையும் நூறு கசையடி அடியுங்கள்; மெய்யாகவே, நீங்கள் அல்லாஹ்வின் மீதும், இறுதி நாள் மீதும் ஈமான் கொண்டவர்களாக இருந்தால். அல்லாஹ்வின் சட்டத்(தை நிறைவேற்றுவ)தில், அவ்விருவர் மீதும் உங்களுக்கு இரக்கம் ஏற்பட வேண்டாம்; இன்னும் அவ்விருவரின் வேதனையையும் முஃமின்களில் ஒரு கூட்டத்தார் (நேரில்) பார்க்கட்டும்.
 (24:2)
  
    Dari keterangan ayat tersebut jelas bahawa Allah Taala mewajibkan hukum-hukumNya.  Surah An-Nur diturunkan Allah sebagai pembelaan terhadap Saidatina Aisyah yang berhadapan dengan fitnah zina oleh orang munafik Madinah.  Allah Taala menyatakan bahawa "Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina" dihukum dengan 100 x sebatan.  Ayat ini terlalu direct dan tidak memerlukan sebarang kupasan.

    UMNO tidak beriman dengan hukum ini.  Apa bukti UMNO tidak beriman dengan hukum ini?  52 tahun UMNO berkuasa UMNO tidak mahu melaksanakan hukum ini. Sedangkan melaksanakan hukum ini adalah wajib sebagaimana ayat 1 dalam surah An-Nur.   UMNO adalah parti yang memerintah, maka berkewajipan bagi UMNO untuk melaksanakan hukuman ini.  Dosa melakukan zina di kalangan orang yang bujang akan hanya terhapus dengan hukuman hudud - sebat.  Katalah seorang rakyat orang Melayu Islam yang berzina mahu kepada hukuman hudud, sedangkan hukum hudud tiada, maka bagaimanakah pelaku zina itu hendak bertaubat?  Inilah dosa kerana tidak melaksanakan hudud.  Dosa ini dokongsi sama juga kepada ahli UMNO dan penyokong UMNO.

     Apabila kerajaan Kelantan (1990) hendak meluluskan enakman hudud dan qisas, Mahathir kata tak boleh buat sebab Kelantan tiada autonomi.  UMNO berhujah kata kerajaan PAS kelantan tipu.  Janji dalam pilihanraya nak buat hukum Islam tapi bila dapat kerajaan tak buat.  Saya yakin jika kerajaan Pusat beri autonomi kepada kerajaan Kelantan maka PAS Kelantan berkemampuan melaksanakan hukum hudud.

Wahai ahli UMNO, UMNO dah tolak Qur'an.  Kenapa anda pilih UMNO lagi?   Sebuah kerajaan ada 5 unsur

1.    tempat (wujudnya sebuah kerajaan - tidak boleh ubah)
2.    rakyat (kerana ada rakyat maka ada kerajaan)
3.    kedaulatan dan kemerdekaan (dijamin hak kebebasan oleh badan dunia)
4.    Parti kerajaan (bergantung kepada siapa mendapat majoriti - boleh ubah)
5.    Undang-undang parti pemerintah (boleh berubah)


     Ciri nombor 4 dan 5 boleh berubah.  Wahai ahli UMNO kenapa anda tidak berubah?  Orang kata UMNO adalah Melayu dan Melayu adalah Islam.  Kalau UMNO dah menolak Al-Qur'an maka ahli yang mendukung UMNO apakah masih ada Islamnya?  Kalau UMNO menolak Ayat Al-Qur'an maka apakah ahli UMNO tetap memegang Al-Qur'an?  Nabi bersabda -  Rela kepada kufur jadi kufur .  Oleh yang demikian kami menyeru ahli UMNO moh kite isi borang PAS dengan banyaknya.

19 komen:

Tanpa Nama,  19 Mei 2010 pada 10:15 PG  

"memang benar Negara Islam adalah matlamat PAS tetapi ia bukannya matlamat Pakatan Rakyat." - Lim Kit Siang.

Tanpa Nama,  19 Mei 2010 pada 10:24 PG  

Dalam satu dialog dengan hampir 300 pengundi Cina agama Kristian di Hotel Paramount, saya diajukan satu soalan oleh seorang pemuda mengenai dakwaan dalam kempen tersebut. Saya tanyakan semula sama ada terdengar kaum Cina di Kelantan yg sudah 20 tahun di bawah pentadbiran PAS, tidak di benarkan makan babi, minum arak dll. Bahkan patung Buddha yg terbesar sedang berbaring, berdiri, duduk tak pernah PAS ganggu! Tidak ada insiden potong memotong terdengar. Ini kemudian disahkan oleh pimpinan PR yg lain termasuk Dato Chua Jui Meng, YB Dato Ngeh Koo Ham dll. betapa adilnya PAS di Kelantan.

#petikan pada blog NIZAR..pe beza pas dgn UMNO?sama je...

mas,  20 Mei 2010 pada 5:54 PG  

matlamat PAS ialah

(1) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

(2) Mempertahankan Kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

mas,  20 Mei 2010 pada 5:55 PG  

matlamat PAS ialah:

(1) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

(2) Mempertahankan Kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Tanpa Nama,  20 Mei 2010 pada 12:28 PTG  

insan yg bernama mas...awk nmpk x atas sekali...'tu matlamat pas, bkn matlamat pakatan rakyat'

Tanpa Nama,  20 Mei 2010 pada 12:30 PTG  

sedangkan kafir zimmi juga terikat dgn hukum Allah wahai cik MAS... jadi keadilan apa yg PAS bawa? cuma dasar islam cara PAS...bukannya Islam sebagai Ad-din..

Tanpa Nama,  20 Mei 2010 pada 12:33 PTG  

andai benar kata mengamalkan Islam sebagai Ad-din, mengapa masih membenarkan kafir zimmi melakukan kemungkaran? sedang ia juga terikat dgn hukum hudud & qisas...mengapa bekerjasama dgn kafir harbi yg terang-terangan menolak hukum Islam seperti DAP?

Tanpa Nama,  20 Mei 2010 pada 12:34 PTG  

benar hukum hudud & qisas mengamankan negara, tp hudud & qisas cara PAS menyatakan hukum itu hanya untuk org islam ,walhal hukum Allah ini terikat pada semua manusia.

Islam sebenar,  20 Mei 2010 pada 8:49 PTG  

salam,
harap ustaz dapat jawap,
ada orang sebarkan surat maklum balas kenapa Mahathir tolak hukum hudud yang dibentangkan oleh pas.

salah satu kandungannya yang saya ingat adalah, sebabnya hukum hudud yang cuba dijayakan oleh pas adalah zalim kerana tidak dapat melaksanakan keadilan seperti mana yang dituntut dalam Islam; satu lagi hukum hudud tersebut hanya dijatuhkan terhadap umat Islam, sedangkan hukum hudud umum sifatnya terhadap siapa2 dibawah daulah Islam.

maka secara kesimpulannya hukum hudud pas adalah berbeza dengan hukum hudud Islam yang adil(daripada pemahaman saya)

benarkah dakwaan ini?

pernah ustaz baca surat maklum balas kenapa Mahathir tolak?

pastu, saya tengok video yb dzulkifli ahmad kut pasal Muhasabah kepada Pemimpin dan pendokong PAS, saya membayangkan ianya sama saja dengan apa yang dibuat umno, sungguhpun gitu yb dzul menggunakan fiqh tapi umno...

seperti kata tanpa nama, macam sama je, cuma mereka ni mmgla ada yang asi' tapi kenapa ada kes kafir mengkafir pula,

Tanpa Nama,  20 Mei 2010 pada 9:43 PTG  

Islam sebenar...inilah yang dikatakan 'permainan politik' :)

Tanpa Nama,  20 Mei 2010 pada 9:47 PTG  

Adalah benar bahawa hukum hudud adalah untuk semua.Bukannya hanya orang Islam sahaja. Malangnya PAS mengatakan hudud hanya untuk orang Islam.

Tanpa Nama,  20 Mei 2010 pada 9:52 PTG  

Daripada menyeru kepada Hukum Hudud, mengapa tidak kita menyeru kepada perlaksanaan cara hidup Islam (Ad-deen) yang lebih utuh dengan harapan kita bukanlah hanya sebuah Negara Islam yang dikenali dari segi material. Agar kita dapat menarik lebih ramai manusia melihat betapa Indah dan syumulnya agama suci Allah ini dimana setiap kalimah Quran membuktikan keesaan (satu dan yang tiada sekutu buatNya) dan kebesaranNya dan bukan menakut-nakutkan mereka dengan keadilan yang disalah interpretasikan.

Tanpa Nama,  20 Mei 2010 pada 9:55 PTG  

Imam Nawawi dalam Minhaj At-Thalibin menyatakan, “Dan had (hudud) untuk penzina muhsan, mukallaf yang merdeka adalah rejam. Syarbini berkomentar menjelaskan ungkapan ini, “..kerana Nabi telah merejam dua orang Yahudi sebagaimana diriwayatkan dalam Sahihain, dalam tambahan riwayat Abu Daud, ‘mereka berdua adalah muhsan’. Tambahan lagi, akad zimmah adalah syarat untuk melaksanakan hudud ke atas zimmi, bukan kerana statusnya muhsan” [Nihayat Muhtaj VII:427].

Tanpa Nama,  20 Mei 2010 pada 9:56 PTG  

Imam Nawawi dalam Minhaj At-Thalibin menyatakan, “Dan had (hudud) untuk penzina muhsan, mukallaf yang merdeka adalah rejam. Syarbini berkomentar menjelaskan ungkapan ini, “..kerana Nabi telah merejam dua orang Yahudi sebagaimana diriwayatkan dalam Sahihain, dalam tambahan riwayat Abu Daud, ‘mereka berdua adalah muhsan’. Tambahan lagi, akad zimmah adalah syarat untuk melaksanakan hudud ke atas zimmi, bukan kerana statusnya muhsan” [Nihayat Muhtaj VII:427].

Tanpa Nama,  20 Mei 2010 pada 9:56 PTG  

harap membantu saudara islam sebenar...

Islam Sebenar,  22 Mei 2010 pada 5:44 PG  

Syukran Tanpa Nama,

Semoga Islam yang sebenar dapat hidup subur di bumi Malaysia ini.

Tanpa Nama,  22 Mei 2010 pada 10:57 PG  

haah...saya menanti saudari MAS reply comment kt atas tu...andai benarlah mengatakan hudud untuk islam sahaja.hujahlah saudari...mungkin ilmu yang saudari tahu jauh lebih dalam.. saya cuma hamba Allah yang kerdil...hidup didunia kerana Allah, akan tinggalkan dunia juga kerana Allah. Tp ingin saya ketahui sejauh mana kebenaran Islam yang PAS bawa. Lebih-lebih lagi selepas baca artikel harakah daily yg mana PAS kata hudud hanya untuk orang Islam sahaja. Saya ingin tahu pemikiran ahli PAS.

mas,  23 Mei 2010 pada 7:47 PG  

pendirian PAS ialah
1) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

(2) Mempertahankan Kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Tapi malangnya org melayu Islam sendiri yg menolaknya.Sepatutnya kita org Islam bersama untuk melaksanakannya dgn berdakwah dan memberi penerangan kpd pada mereka baik yg Islam atau bukan.

Sebaliknya perjuangan UMNO dan kemungkaran mereka tidak pun dipertikaikan.Soal judi, ambil penasihat yahudi, menghina Islam dan sebagainya.

Fiqh awlawiyat (keutamaan) adalah kaedah yg harus kita gunakan.Mana yg lebih mudaratkan Islam, sokong BN atau PR.

Umno/Bn ternyata menyekat perkembangan Islam contohnya menyekat peruntukan sekolah agama,menghalang org yg nak kuliah Islam di Masjid, membenarkan kemungkaran seperti rasuah, judi, tidak amanah dan ambil nasihat drp Yahudi yg terang2 menentang Islam.
Umno/Bn tidak berusaha sememangnya tidak mahu untuk menjadikan negara kita berhukumkan dgn hukum yg diredhai Allah.
Mereka tidak mengambil Quran/sunnah sebagai panduan dalam pentadbiran mereka.

Dalam PR sekarang,mereka menghormati Islam setelah bersama PAS dan hasil dakwah, mereka boleh menerima Islam.Mereka tidak menghalang aktiviti Islam di masjid atau di mana2 saja dan merka boleh menerima keadilan Islam yg org melayu sendiri menolaknya.

Pentadbiran mereka lebih telus.mereka menentang rasuah.Mereka juga menentang judi bola yang org UMNO sendiri yg beri lesen.Tidak org Umno tahu judi tu haram.
Inilah yg melanda pemikiran org melayu, apa saja yg Umno/Bn buat walaupun salah disisi Allah tidak apa.Mereka sudah x dapat beza yg hak atau yg batil.

Tanya diri sendiri apa yg kita buat untuk menegakkan hukum Allah.Sudahkah kita berdakwah kepada org melayu Islam dan bukan Islam.Memberi kefahaman itu penting baru boleh kita laksanakan dgn baik.

Untuk menegakkan hukum Allah kita mesti berjemaah (berparti)dan menyokong jemaah Islam bukan jemaah berfahaman sekular.

Kalau diri kita x nak Islam, memang banyak alasan dan hujah utk menyedapkan hati kita.

Ternyata Umno/BN telah gagal memartabatkan Islam sebaliknya menghina Islam dgn halalkan judi, rasuah, x amanah, tipu rakyat dan tidak amalkan ajaran Islam dlm pentadbiran.Ini jelas dan nyata.

Kesimpulan, mana lebih memudaratkan Islam sokong BN atau PR.

Tanpa Nama,  24 Mei 2010 pada 1:18 PG  

cik mas masih x menjawab persoalan saya...........out of 10, I give u only 1/10.

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP