#1

UMNO TOLAK AYAT HUKUM QISAS

>> Khamis, Mei 27, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 91



Allah Taala berfirman dalam Al-Qur'an surah Al-Baqarah ayat 178


Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "Qisas" (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan. Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya. 
Chinese
信道的人們啊!今以殺人者抵罪為你們的定制,公民抵償公民,奴隸抵償奴隸,婦 女抵償婦女。如果屍親有所寬赦,那末,一方應依例提出要求,一方應依禮給予賠償,這是你們的主所降示的減輕和慈恩。事後,過份的人,將受痛苦的刑罰。 
Tamil
ஈமான் கொண்டோரே! கொலைக்காகப் பழி தீர்ப்பது உங்கள் மீது விதிக்கப்பட்டுள்ளது- சுதந்திரமுடையவனுக்குச் சுதந்திரமுடையவன்;, அடிமைக்கு அடிமை, பெண்ணுக்குப் பெண் இருப்பினும் (கொலை செய்த) அவனுக்கு அவனது (முஸ்லிம்) சகோதரனா(கிய கொலையுண்டவனின் வாரிசுகளா)ல் ஏதும் மன்னிக்கப்படுமானால், வழக்கமான முறையைப் பின்பற்றி (இதற்காக நிர்ணயிக்கப் பெறும்) நஷ்ட ஈட்டைக் கொலை செய்தவன் பெருந்தன்மையுடனும், நன்றியறிதலுடனும் செலுத்திவிடல் வேண்டும் - இது உங்கள் இறைவனிடமிருந்து கிடைத்த சலுகையும், கிருபையுமாகும்; ஆகவே, இதன் பிறகு (உங்களில்) யார் வரம்பு மீறுகிறாரோ, அவருக்குக் கடுமையான வேதனையுண்டு.
 (2:178)

     Inilah firman Allah yang berkaitan kewajipan hukum Qisas.  Satu lagi hukum untuk manusia bagi wujudnya keadilan dalam kehidupan manusia.  Islam mahu membina masyarakat yang kehidupannya harmoni. Dengan terlaksanaknya hukum Qisas maka

1)     tiada lagi sifat balas dengan antara masyarakat
2)     orang yang teraniaya akan terbela
3)     balas dendam akan diurus secara hikmah oleh hukum peringkat agama
4)    tiada nyawa lain yang terkorban.  Islam melindungi nyawa.  Sekiranya dibenarkan manusia itu membalas dendam maka akan lebih ramai manusia yang tidak berdosa terbunuh.  Inilah yang berlaku apabila peperangan tanpa etika berlaku iaitu mereka yang tidak berdosa turut terbunuh.  Kanak-kanak, orang tuan dan yang tidak terlibat dengan peperangan turut mati.

     Itulah sebabnya diperlukan hukum Allah.  Qisas meletakkan secara berfokus iaitu

1)      membunuh mereka yang melakukan jenayah bunuh
2)     membalas kembali anggota manusia yang dianaiya
3)     wujud proses maaf terhadap pembunuh tetapi mestilah membayar diyat (unta)

     UMNO tidak beriman dengan ayat ini.  Apa buktinya?  52 tahun UMNO berkuasa tiada langsung usaha daripada UMNO hendak melaksanakan hukum Qisas ini.  Malahan UMNO terus mengagungkan hukum manusia.  Hukuman manusia adalah zalim kerana wujud penganiayaan. 

     UMNO terus berhujah dengan akal.  Melaksana hukum yang zalim terhadap sesama manusia.  Walaupun hukum mati dibalas mati di Malaysia namun apabila kaedah melaksanakan hukuman itu tidak mengikut syariat maka ia tetap ditolak. Marilah bermuhasabah

Apalah makna pembangunan sekiranya menentang syariat Allah?
Apalah makna kemajuan sekiranya menentang ayat-ayat Al-Qur'an?


      Kesemua ini mestilah dijawab oleh ahli UMNO, penyokong UMNO, pemimpin UMNO dan mereka yang memberi undi kepada BN.  Marilah orang Melayu berubah pemikiran politiknya.  Berilah undi kepada parti yang berusaha untuk melaksanakan hukum Islam iaitu PAS dan PR.  Cubalah sekali beri undi ini kepada PAS dan PR sehingga menguasai Putrajaya dan cuba lihat bagaimana keadilan Islam dijelmakan dalam kehidupan bernegara termasuk aspek undang-undang. Berubahlah wahai pengundi Melayu.  Selamatkan Malaysia daripada Yahudi yang dilaknat Allah.

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP