#1

UMNO BERSIFAT MUNAFIK GUNA DEMOKRASI SECARA LUAR TABIE

>> Jumaat, Mei 14, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 79

UMNO BERSIFAT MUNAFIK GUNA DEMOKRASI SECARA LUAR TABIE


Allah Taala berfirman dalam surah al-munafiqun ayat 4



Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelalukannya); dan apabila mereka berkata-kata, engkaujuga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih. Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki). Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya - dari kebenaran)? 
Chinese
當你看見他們的時候,他們的體格,將使你讚嘆。如果他們說話,你就靜聽他們的 言辭,他們好像木偶樣,他們以為一切吶喊,都是對他們而發的。他們確是敵人,故你當謹防他們。願真主誅滅他們!他們是如何悖謬的呢! 
Tamil
இவர்களை நீர் பார்த்தால், இவர்களுடைய உடல் (அமைப்பு)கள் உம்மை ஆச்சரியப்படுத்தும்; அன்றியும் இவர்கள் பேசினால், இவர்களுடைய பேச்சை நீர் (கவனித்துக்) கேட்பீர்; எனினும் இவர்கள் (நேர்மையானவர்கள் அல்லர், சுவரில்) சாய்த்து வைக்கப்பட்ட மரங்கள் போன்று இருக்கின்றனர், ஒவ்வொரு சப்தமும் தங்களுக்கு எதிரானது என்று எண்ணுகிறார்கள், இவர்கள்தாம் (உம்) பகைவர்கள், ஆகவே இவர்களிடம் நீர் எச்சரிக்கையாக இருப்பீராக, அல்லாஹ் இவர்களை அழித்து விடுவான், இவர்கள் (சத்தியத்திலிருந்து) எங்கு செல்கின்றனர்?
 (63:4)

   Dalam ayat ini Allah Taala menjelaskan sifat kemunafikan.  Sifat munafik itu dijelaskan oleh Allah iaitu

1)   Tubuh badan mereka
2)   tutur kata mereka yang manis

     Walaupun begitu munafik itu berasa cemas seperti kayu yang tersandar.  Ada kekuatan tetapi kekuatan tersebut tidak dapat digunakan.  Setiap kali berlaku kecemasan maka dirasakan bahawa kecemasan itu adalah untuk memusnahkannya.

     Inilah sikap yang sedang dihadapi oleh UMNO.  UMNO menggunakan segala agensi kerajaan untuk menangkis segala kecemasan sehingga dapat mengekalkan status-quo yang ada.  Tanpa mengira apa kaedah yang digunakan sama ada kaedah itu dibenarkan agama atau pun tidak,  UMNO akan buat apa sahaja walau terpaksa melaksanakan yang diharamkan oleh Islam.  Inilah kualiti UMNO. 

    Itu sebab demokrasi sudah tidak tulen lagi.  Sebut sahaja apa sahaja agensi kerajaan semuanya digunakan UMNO.  Maka

JKR - buat jalanraya segera

TV - laporkan keburukan Pakatan

JKM (kebajikan) - diguna UMNO bantu OKU

S/Khabar - Burukkan Pakatan

JPM - Banci penduduk, culaan pengundi

Kemas - Propaganda UMNO

SPR - pindahkan pengundi yang mengundi Pakatan, 
           Hulu Selangor - 13,000 pindah, Sibu - dah 500 dipindah.  Ini taktik SPR terkini

SPRM -  Rasuah oleh UMNO tidak disiasat

Polis - menyebelahi UMNO.  Provokasi UMNO dibiarkan dan menyalahkan Pakatan Rakyat

FRU -  Provokasi UMNO dibiar

Mahkamah - Hakim menyebelahi UMNO.  Keputusan mahkamah menyebelahi UMNO. Kes Perak contoh yang jelas.  
 Kota Siputeh (Kedah) - pilihanraya tak jadi. SPRM kata buat pilihanraya pembaziran. Bayar RM 77 juta pada APCO Yahudi tak bazir wang rakyat

Speaker -  Speaker DUN Perak (Sivakumar) tiada kuasa sebab negeri diperintah Pakatan Rakyat
                 Speaker Dun Perlis ada kuasa membatalkan surat perletakan jawatan DUN MCA sebab diperintah BN

     Inilah antara senarai agensi kerajaan yang dinodai oleh UMNO secara luar tabi'e.  Inilah kualiti UMNO.  Sepatutnya ahli UMNO sudah meninggalkan UMNO kerana darjah kemunafikan UMNO sudah teruk.  Sayonara UMNO. 

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP