#1

UMNO HALALKAN JUDI DARI AWAL LAGI

>> Sabtu, Jun 05, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 99

UMNO HALALKAN JUDI DARI ZAMAN TUNKU PRESIDEN UMNO 

   FIRMAN ALLAH DALAM SURAH AL-MAIDAH 90-91



Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
Chinese
信道的人 們啊!飲酒、賭博、拜像、求簽,只是一種穢行,只是惡魔的行為,故當 遠離,以便你們成功。 
Tamil
ஈமான் கொண்டோரே! மதுபானமும், சூதாட்டமும், கற்சிலைகளை வழிபடுதலும், அம்புகள் எறிந்து குறி கேட்பதும், ஷைத்தானின் அருவருக்கத்தக்க செயல்களிலுள்ளவையாகும். ஆகவே நீங்கள் இவற்றைத் தவிர்த்துக் கொள்ளுங்கள் - அதனால் நீங்கள் வெற்றியடைவீர்கள்.
 


Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?
Chinese
惡魔惟願 你們因飲酒和賭博而互相仇恨,並且阻止你們記念真主,和謹守拜功。你 們將戒除(飲酒和賭博)嗎? 
Tamil
நிச்சயமாக ஷைத்தான் விரும்புவதெல்லாம், மதுபானத்தைக் கொண்டும், சூதாட்டத்தைக் கொண்டும் உங்களிடையே பகைமையையும், வெறுப்பையும் உண்டு பண்ணி அல்லாஹ்வின் நினைவிலிருந்தும், தொழுகையிலிருந்தும் உங்களைத் தடுத்து விடத்தான். எனவே, அவற்றை விட்டும் நீங்கள் விலகிக் கொள்ள மாட்டீர்களா?


     UMNO tidak akan menentang judi kerana judi dan UMNO adalah sebati.  Loteri dan pertaruhan kuda adalah budaya pemimpin UMNO dari dulu lagi.  Tidak hairan pemimpin UMNO terus bersama judi yang diharamkan Islam.  Setelah 64 tahun kelahiran UMNO maka sudah pasti lebih banyak bentuk judi akan diluluskan UMNO, antaranya

1)    Casino Genting Highland, Pahang Darul Judi
2)    Casino Bukit Tinggi, Pahang Darul Judi
3)    Judi bola di negeri  Yang diperintah UMNO-BN, Negeri PR - Haram

      Inilah kerja UMNO.  UMNO nampak dunia tapi tak nampak akhirat.  UMNO nampak judi mendatangkan hasil kepada negara.  Dalam budget negara 2009 pendapatan cukai daripada hasil judi sekitar RM2.3 billion sahaja setahun.  Pendapatan minyak sebanyak RM 320billion dilepaskan oleh pemimpin UMNO kepada Brunei.  Siapakah yang bodoh?   Pemimpin UMNO nampak RM2.3 billion lebih besar daripada RM320 billion.  Dunia sudah terbalik.  Yang kecil UMNO sudah nampak besar.  Yang Besar UMNO lepaskan kepada negara lain.

    Pemimpin UMNO, ahli UMNO dan penyokong  sudah buta hati.  Mereka hanya melihat aspek keduniaan.  Hal yang berkaitan dengan keredhaan Allah sudah tidak ditimbangkan lagi.  Ahli UMNO dibawah pula menjadi "PAK TURUT".  Sokong membuta tuli terhadap pemimpin UMNO walaupun yang dibuat oleh UMNO adalah bertentangan dengan kehendak Islam.  Redha kepada maksiat bermakna melakukan maksiat (maksud hadis).  

      Kesian ahli UMNO tak pasal-pasal dosa judi mereka turut dapat kerana redha judi yang dibuat oleh pemimpin UMNO..  Berubah lah.  Bertukar kepada perjuangan yang lebih Islami iaitu menyertai PAS.

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP