#1

UMNO-BN BUAT RESOLUSI KUTUK ISRAEL TAPI SURUH TURKI YANG BUAT

>> Selasa, Jun 08, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 102

UMNO-BN BUAT RESOLUSI KUTUK ISRAEL DI PARLIMEN 
TAPI SURUH TURKI BAWA ISRAEL KE ICC
     
Hari ini adalah hari bersejarah kerana UMNO-BN secara terpaksa akhirnya membuat sidang khas Parlimen mengutuk tindakan Israel keatas kapal bantuan umat Islam Gaza.  Tetapi ciri kutukan yang dibuat Presiden UMNO hanyalah sekadar mengutuk serangan.  Usul membawa Israel ke ICC diserahkan kepada Turki untuk membawanya.

     Kenapa minta Turki?  Jelas menunjukkan bahawa Kerajaan Malaysia masih lagi terkongkong di bawah penasihatnya APCO WORLDWIDE.  Tak kan APCO akan menasihat Najib untuk mengutuk dan membawa Israel tempat tumpah darah Yahudi ke ICC.

     Kenapa Malaysia tidak memutuskan kontrak dengan APCO?  Jelas kebiadaban Yahudi.  Rasa meluap marah Presiden UMNO-BN hanya sekadar mengutuk.  Kenapa masih mengambil APCO.  APCO masih di ketiak Najib.  Inilah kehairanan yang besar.  Turki menyatakan rasa marahnya dengan memutuskan hubungan diplomatik dan menghalau balik duta Israel.  Ini baru jantan namanya. Sepatutnya APCO world wide ditamatkan kontraknya serta merta.
     Kenapa Malaysia takut mengutuk pelindung Israel iaitu Amerika?  Sekali lagi usul hanya mengutuk sebuah negara kecil Israel.  Di belakang Israel tidak lain ialah Amerika.  Israel tidak akan berbuat sesuka hati sekiranya tidak ada bantuan daripada Amerika.  Malaysia takut kutuk Amerika.  Al-maklum Najib baru sahaja bersalam dengan Barrack Obama.  Kalau inilah kualiti Najib sebagai Presiden UMNO-BN maka siri penjajahan baru neo-kolonialism sedang melanda kepimpinan negara.

    Kenapa Malaysia atas nama kerajaan tidak menghantar bantuan kepada umat Islam Gaza?  Sudah pasti inilah peranan penasihat APCO.  Siapa dia APCO?  APCO adalah syarikat yahudi.  Apakah yahudi akan menasihat kerajaan menghantar makanan dan perubatan ke Gaza - musuh yahudi.  Sudah pasti tidak.  Itu sebab Najib hanya menyambut kepulangan sukarelawan.  Menyambut sukarelawan tidak menjejaskan yahudi.  Yahudi-APCO berjaya mengekang sumbangan atas nama kerajaan kepada umat Islam Palestin. 

     Kenapa sukarelawan Malaysia tidak dibunuh berbanding dengan sukarelawan dari negara lain?   Kenapa kapal Globalpeace Perdana milik Mahathir hanya di tawan dan tidak diserang?  Ini semua adalah pertanyaan yang mesti dijawab oleh UMNO-APCO.  Apakah ada mainan wayang kulit dibelakang semua insiden ini.  

     Kenapa Najib UMNO-APCO ambil isu Palestin?  Reaksi awal adalah negatif.  MP Pakatan mohon adakan sidang khas ditolak awalnya.  Kenapa Najib UMNO-APCO ambil juga isu ini.  UMNO-APCO yakin dengan isu Palestin maka akan terlupalah sebentar isu judi bolesepak.  Bolehlah UMNO-APCO bernafas. Rakyat Malaysia sangat faham kalaulah Najib UMNO-APCO namanya yang tidak ada kepentingan diri itu tidak akan dilayan.  Bila pula Najib UMNO-APCO sangat prihatin dengan isu umat Islam Palestin.  

      Wahai ahli UMNO fikirkanlah.  Tinggalkan   UMNO- APCO yang bergelumang dengan darah para syuhada Palestin.  Sertai perjuangan tulen menegakkan keadilan dan kebenaran.  Sertai PAS.

1 komen:

Unknown 8 Jun 2010 pada 8:35 PTG  

Setelah membaca ruangan tuan, sedikit sebanyak memberi kefahaman betapa sukarnya hendak membela nasib Islam sebagaimana sukarnya UMNO hendak membela nasib Melayu di bumi Malaysia. Ramai Melayu taksub membabi buta pada Najib seolah-olah dia lah Nabi dan maksum sebagaimana pemujaan terhadap Mahathir suatu ketika dahulu. Malu kita pada ketegasan bangsa lain yang mendahului kita

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP