#1

UNDI KEPADA BN MENGEKALKAN UMNO-BN DALAM KEZALIMAN

>> Selasa, Julai 27, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU KE 134

UNDI MELAYU ADALAH BERHARGA, 
MELAYU MESTI UNDI UNTUK PERUBAHAN
JANGAN UNDI BN

ALLAH TAALA BERFIRMAN DALAM AL-QUR'AN SURAH AL-BAQARAH AYAT 91


Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepada Nabi Muhammad)", mereka menjawab: "Kami hanya beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kami (Taurat)". Dan mereka ingkarkan (Kitab) yang lain yang diturunkan kemudian daripadanya, padahal Al-Quran itu benar lagi mengesahkan Kitab Taurat yang ada pada mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika demikian mengapa kamu membunuh Nabi-nabi Allah pada masa yang lalu kalaulah kamu benar-benar orang-orang yang beriman?". 
Chinese
有人對他們說:「你們應當信真主所降示的經典。」他們就說:「我們信我們所受的啟示。」他們不信此後的經典,其實,這部經典是真實的,能証實他們所有的經典。你說:「如果你們是信道的人,以前你們為甚麼殺害眾先知呢?」 
Tamil 
"அல்லாஹ் இறக்கி வைத்த (திருக்குர்ஆன் மீது) ஈமான் கொள்ளுங்கள்" என்று அவர்களுக்கு சொல்லப்பட்டால், "எங்கள் மீது இறக்கப்பட்டதன் மீதுதான் நம்பிக்கை கொள்வோம்" என்று கூறுகிறார்கள்; அதற்கு பின்னால் உள்ளவற்றை நிராகரிக்கிறார்கள். ஆனால் இதுவோ(குர்ஆன்) அவர்களிடம் இருப்பதை உண்மைப் படுத்துகிறது. "நீங்கள் உண்மை விசுவாசிகளாக இருந்தால், ஏன் அல்லாஹ்வின் முந்திய நபிமார்களை நீங்கள் கொலை செய்தீர்கள்?" என்று அவர்களிடம் (நபியே!) நீர் கேட்பீராக.


     Dalam ayat ini Allah Taala dengan tegas menyatakan bahawa sifat orang yang beriman itu ialah menyokong kebenaran.  Kebenaran dari Al-Qur'an dan Sunnah Nabi Muhammad saw.  Kalau tak sokong kebenaran Al-Qur'an dan Sunnah, apa makna hidup.

    Termasuk mengundi juga mestilah dilaksanakan mengikut perintah Al-Qur'an dan Sunnah.  Orang yang mengundi pemimpin yang menentang Al-Qur'an dan Sunnah itulah yang busuk hatinya.
 
    Maka orang yang beriman mestilah menyokong parti yang hendak menegakkan keadilan dan kebenaran berdasarkan Al-Qur'an dan Sunnah.  Saya rela dikata apa sahaja oleh sesiapa sahaja, asalkan saya tetap dalam perjuangan menegakkan Al-Qur'an dan Sunnah.

   Oleh yang demikian undi melayu sangat bermakna.  Orang melayu mengundi calon BN bermakna Melayu hendak meneruskan kezaliman UMNO-BN.  Jelas dasar ISA, mengutamakan kroni, budaya rasuah, budaya memfitnah dan macam-macam lagi.  Ini jadi jati diri UMNO.

   UNDI lah Pakatan Rakyat untuk kesejahteraan rakyat.  Dasar-dasar yang zalim akan dihapuskan.  Bukankah ini yang dikehendaki.  Undi anda akan menerbitkan lebih banyak kesejahteraan untuk rakyat.  Ini dibuktikan di negeri yang di pimpin oleh Pakatan Rakyat - Kedah, PP, Selangor dan Kelantan.

Read more...

UMNO SEDANG SIAP PRU 13

>> Isnin, Julai 26, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU 134

UMNO SEDANG SIAP PRU 13
AMBIL KUASA MENENTANG ALLAH

     Tanda pilihanraya dah dekat, UMNO-Bn dah nak bersiap

1)     Isu Perpaduan PAS-UMNO - Orang Melayu lupa harga barang naik

2)     Kajian Merdeka Center - Orang Melayu semakin yakin dengan 1 Malaysia,  PM dan kroni makan duit berjuta-juta? melayu lupa.  APco World wide berjaya naikkan imej Najib.  Najib yang tiada imej guna wang rakyat naikkan imej.

3)    Wanita UMNO sedang dikursuskan oleh BTN seluruh negara

4)    Usaha menarik undi bukan Melayu sedang rancak dibuat oleh UMNO-BN.  Apa sahaja kehendak orang cina terutama pendidikan akan dipenuhi UMNO-BN.  Perak sebagai contoh bila kerajaan negeri beri 1,012 hektar kepada sekolah cina jenis SUWA.  Ini belum lagi yang di Hulu Selangor, Di Sibu dan lain-lain tempat.

5)    Pelbagai taklimat akar umbi ditelah dibuat di seluruh negara.  Ketua Kg, penghulu telah diberi taklimat

6)    Harga barang naik terutama petrol - maka kantung Petronas akan penuh kembali.  Bila kantung Petronas kembali penuh maka duit akan disalurkan kepada kerajaan.  Maka kerajaan akan manipulasi wang itu untuk pilihanraya?

7).    Isu orang Asli (undi orang asli?) ditangani oleh PM

8)     Isu desa, kampung dan felda (tempat banyak penyokong UMNO?) ditangani oleh TPM

9.     UMNO Kedah membatalkan usaha merampas Kedah.  UMNO hendak menunjukkan kejantanannya. Bila UMNO Kedah buat begini maka kajian politik mengatakan bahawa Kedah bukan lagi negeri PR dalam PRU13

10.  UMNO akan guna isu pasir di Selangor.  Walaupun katanya tak kuat tetapi pengundi atas pagar boleh beralih pilihan dalam PRU 13

11.   UMNO-BN batal permit akhbar Suara Keadilan

     Secara seimbang PR juga berusaha untuk mengatasi wilayah pengaruh UMNO-BN

1.     Kerajaan Kedah terus berusaha menjalankan berbagai dasar untuk rakyat.  Yang terkini semua projek mewah negeri ditangguh untuk kesejahteraan rakyat.   Lain-lain intensif untuk rakyat diteruskan

2.     Begitu juga kerajaan PP.  Pebagai intensif juga telah dibuat.  Kenaikan gaji guru KAFA PP, elaun untuk mereka yang huffaz Al-Qur'an, Majlis Syura Ulama, bantuan RM 100 setahun untuk warga emas dan lain-lain.

3)    Selangor adalah negeri yang rakyat negeri sudah nampak perbezaan ketara antara PR dengan UMNO-BN.  PR di Selangor sudah menampakkan bahawa kekayaan kerajaan negeri dikembalikan kepada rakyat

4)    Apa lagi di Kelantan.Langkah-langkah yang berterusan dibuat dengan strategik untuk kemenangan PR

     Pada pemikiran UMNO selagi ia boleh kekal berkuasa maka pilihanraya PRU 13 akan berlaku.  Najib memerlukan mandat baru.  Najib tidak akan tunggu 5 tahun baru nak buat pilihanraya.  Yang Najib tunggu adalah nasihat daripada APCO. 

     Bersedialah seluruh orang Melayu yang hendakkan perubahan.  Kali ini adalah masa yang tepat untuk menghumban UMNO menjadi kapal yang karam.  Undi anda adalah sama ada

a.   mengekalkan UMNO-BN berkuasa dan terus melakukan kezaliman atau

b.   membuat perubahan supaya dengan ketiadaan UMNO Malaysia akan lebih maju dan berdaya saing kerana kroni UMNO sudah tiada, budaya nepotisme sudah dijahannamkan,  budaya rasuah terhapus.

Fikir-fikirkan.  Jangan Undi UMNO-BN untuk negara berkebajikan.

Read more...

UMNO-BN CERITA SAJA NAK MAJU TAPI TERUS TIPU RAKYAT

>> Sabtu, Julai 24, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 134

UMNO-BN CERITA SAJA NAK MAJU TAPI TERUS TIPU RAKYAT

     Lawatan saya selama hampir 5 hari ke UK membawa banyak makna dalam kehidupan berpolitik Malaysia berbanding dengan Britain.  Di Britain

1)  Di Britain, kebajikan rakyat letak no. 1.  Malaysia kebajikan rakyat tiada.

2)  Di Britain, yuran Persekolahan percuma.  Malaysia berbayar RM70 setahun

3)  Di Britain, pengangkutan awam kelas pertama, rakyat Britain sangat suka kepada pengangkutan awam berbanding dengan pengangkutan sendiri.  Malaysia pengangkutan awam dibenci rakyat.  Perkhidmatan pengangkutan awam penuh dengan rasuah.  Pemeriksaan JPJ penuh dengan rasuah?

4)  Di Britain Tanda halaju jelas untuk keselamatan jalanraya.  Polis tembak pemandu laju secara terbuka dan diberitahu bahawa polis sedang membuat tembakan halaju 100 meter di hadapan. Itu sebab di Britain tiada saman halaju.  Pemikiran berbeza dengan Malaysia, polis tembak halaju dalam semak samun. Macam orang mencuri.  Ada nilaian saman jutaan ringgit di Malaysia.  Malaysia jadikan saman polis satu pendapatan yang diperas dari rakyat.  Ini kerja pemimpin UMNO.  Tolak UMNO.

5)   Di Britain ada wang kebajikan untuk rakyat.  Hampir setiap rakyat mendapatnya.  Jumlah adalah 1,400 paun sterling.  Ada rumah flat lagi.  Di Malaysia semua duit perolehan negara di sapu oleh pemimpin UMNO. Rakyat dapat apa?  Negeri yang di perintah UMNO, KRONI UMNO sahaja yang dapat.


Ini yang sedang diusahakan oleh Negeri Pakatan Rakyat.  Oleh yang demikian rakyat mesti sokong PR (PAS. DAP DAN KEADILAN).  


Lain-lain contoh banyak.  Boleh sahaja ditiru oleh Pakatan Rakyat, macamana Britain jaga rakyat dia dengan usaha peringkat negara.  Parti Buruh di Britain kalah kerana tak jaga kebajikan rakyat.

Read more...

UMNO SAKIT - CARA BERFIKIR TERBALIK

>> Jumaat, Julai 23, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 133

UMNO MEMILIKI CORAK BERFIKIR YANG SALAH

Allah Taala berfirman surah Al-Baqarah ayat 10


Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).

   Dalam ayat ini Allah Taala menjelaskan tentang bahawa orang munafik itu hati mereka ada penyakit.  Mereka membuat tanggapan bahawa Allah Taala tidak mengetahui.  UMNO cuba menipu Allah.

    Bagaimanakah yang dikatakan corak berfikir yang salah,  contoh

1)  UMNO kata Najib-Mahyuddin tiada krisis - sebenarnya wujud krisis
2)  Pemimpin UMNO kata harga barang tak naik - sebenarnya harga barang naik
3)  Melayu mesti bersatu - bersatu pada UMNO ialah bergabung melawan hukum Allah
4)  UMNO kata kehadiran perhimpunan menentang judi sikit - maknanya kehadiran adalah banyak
5)  UMNO kata mereka nak Islam - maknanya UMNO tak nak Islam
6)  UMNO kata ikhlas - maknanya tak ikhlas

Semua kenyataan pemimpin UMNO mestilah dibaca terbalik

   Semua yang berlaku UMNO cuba membuat pembohongan.  Hatta  UMNO bohong dengan bala Allah.  Contoh banjir,maka media UMNO kata ini bencana alam.  Dibuat teori bahawa air laut melimpah dan masuk ke sungai maka berlakulah banjir.  Inilah hati mereka yang terus derhaka kepada Allah.

   Apakah pemimpin yang hati derhaka kepada Allah seluruh melayu nak bersatu?  Corak berfikirnya sahaja sudah salah.  UMNO tak nak menyatakan kebenaran.  UMNO cenderung menyatakan yang benar itu salah dan yang salah itu menjadi benar.  Sekarang melayu tak ade pilihan melainkan menolak UMNO dan pemimpin yang hatinya sakit. Tolak UMNO,  Tolak pemimpin UMNO, Tolak siapa sahaja yang hendak bersatu dengan UMNO, Tolak orang tengah yang hendak kepada UMNO.  UMNO sakit dan sesiapa yang bersama UMNO adalah sakit.  Melayu boleh buat perubahan.

Read more...

UMNO JADI KUDA TUNGGANGAN MCA

>> Khamis, Julai 22, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 132

UMNO BERI TANAH PADA SEKOLAH CINA UNTUK
PIKAT UNDI CINA  DAN ABAIKAN  SAR

     UMNO dengan jelas terus BERUSAHA untuk memikat undi Cina dalam PRU 13 dengan terus memberi tanah seluas 1,012 hektar untuk diusahakan oleh Sekolah Cina SUWA.  UMNO terus melakukan apa sahaja untuk memikat undi Cina dalam PRU 13 akan datang.

     Siapa tunggang siapa sekarang?  UMNO DITUNGGANGI MCA.  
 Sekolah SUWA cina dapat 1,012 hektar tanah untuk dimajukan dengan tanaman kelapa sawit.  Dulu zaman Pakatan Rakyat nak beri tanah pada sekolah yang sama,  UMNO kata PAS tunggangan DAP.  Sekarang bila UMNO buat macam PR buat dahulu maka UMNO adalah tunggagan MCA.  PRU 13 dah dekat kerana UMNO siang malam mencuba untuk memikat undi orang cina.

     SAR macamana?  Tanah mana yang diberikan kepada Sekolah Agama Rakyat oleh UMNO?  Jangan harap.  Ini sebab orang Melayu adalah fix deposit undi untuk UMNO.  UMNO bagi atau tidak pada SAR, UMNO tahu bahawa melayu kampung dan Felda akan terus sokong UMNO.  Inilah politik murahan orang Melayu.  Undi Melayu terus dimanopulasi oleh pemimpin UMNO untuk kepentingan UMNO.  

     INI kerja jahat UMNO.  Hancur UMNO.  Wahai orang melayu tinggalkan UMNO.  Berilah harga yang tinggi undi anda untuk membuat pembelaan terhadap bangsa anda sendiri.

Read more...

UMNO POTONG SUBSIDI RAKYAT, TERUSKAN SUBSIDI KRONI

>> Rabu, Julai 21, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 131

UMNO POTONG SUBSIDI RAKYAT 
TERUSKAN SUBSIDI KRONI

Allah Taala berfirman dalam Al-Qur'an surah Al Maidah ayat 8



Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

     Daripada ayat diatas jelas bahawa tugas pemerintahan adalah untuk menegakkan keadilan.  Maka tanggungjawab ini adalah tanggungjawab pemerintahan.  Pemerintah bertanggungjawab untuk menegakkan keadilan berdasarkan Al-Qur'an dan Sunnah.

     Inilah yang tidak dilakukan oleh UMNO.  UMNO tiada dasar keadilan.  Dasar keadilan UMNO adalah hawa nafsu.  Itu sebab UMNO tidak menjaga kebajikan rakyat.  UMNO oleh kerana dipandu oleh hawa nafsu maka UMNO sanggup menjaga kroni yang seorang dua berbanding kebajikan untuk 28 juta rakyat Malaysia.

     Subsidi IPP sebanyak RM18 billion UMNO sanggup pertahan untuk 8 orang kroni UMNO.  IPP jana kuasa  jual pada TNB dan TNB pula ambil dan jual pada 28 juta rakyat.  Kenapa mesti berbelit.  Tidakkah boleh jalan dipendekkan?  Tidakkah boleh kos dikurangkan?  Negara sedang berhadapan dengan kesusahan maka kos dikurangkan.  UMNO-BN tak mahu ini diganggu.

      Subsidi makanan untuk rakyat ialah sebanyak RM3.8 billion setahun.  Kenapa ini tidak dipertahankan?  Ini adalah untuk 28 juta rakyat.  UMNO dah berfikir terbalik.  UMNO merasa penting 18 orang kroni daripada 28 juta rakyat Malaysia.  UMNO-BN sanggup menaikkan harga gula, petrol, gas, diesel.  Dalam tempoh 6 bulan lagi akan berlaku satu kali lagi kenaikan harga barangan untuk rakyat terus ditekan oleh UMNO-BN.

     Inilah kerja UMNO.  Tidak ada lain hanya untuk menekan rakyat.  

Itu sebab usaha di negeri Pakatan Rakyat seperti Selangor.  Selangor adalah negeri kaya dan berusaha untuk mengembalikan kekayaan negeri kembali kepada rakyat.  Antaranya

1)     Kematian warga emas - hadiah pengurusan jenazah dan untuk yang hidup RM2,500
2)     Bantuan kemasukan universiti setiap anak Selangor - RM1,000
3)     Anak lahir - ibu dapat elaun RM100
4)     Anak baru lahir terus masuk takaful pengajian tinggi , cukup umur 18 tahun dapat RM1,000
5)     Bantuan air percuma 20 meter padu

     Negeri  diperintah UMNO dapat apa?  Tinggalkan UMNO.  Jangan beri undi pada calon BN di mana sahaja mereka bertanding.  Melayu boleh buat.  Tolak UMNO-BN.

Read more...

UMNO TIADA DASAR PERPADUAN - KELUAR UMNO SERTAI PAS

>> Selasa, Julai 20, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU KE 130

UMNO TIADA DASAR PERPADUAN - 
KELUAR UMNO SERTAI PAS

Allah Taala berfirman dalam Surah Ali Imran ayat 104


Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

   Inilah dasar perpaduan dalam Islam.  Perpaduan dalam Islam adalah berdasarkan Al-Qur'an dan Sunnah.  Bukan berdasarkan ideologi yang dibuat oleh manusia.  PAS dengan jelas menyatakan bahawa dasar PAS adalah Islam yang bersumberkan Al-Qur'an dan Sunnah.  UMNO berjuang dengan dasar ideologi manusia iaitu demokrasi yang tiada dasar perpaduan di dalamnya.  

    Oleh yang demikian maka jawapan yang tepat terhadap ajakan HARUSANI ialah bubarkan UMNO dan semua ahli UMNO menyertai PAS.  Kalau benar jujur UMNO nak bersatu atas dasar Islam maka

1)     Kerajaan Negeri Perak hendaklah diserahkan kembali kepada Pakatan Rakyat,  UMNO kena berundur.  Zambry kena letak jawatan. Jawatan MB hendaklah diserahkan kepada YB Nizar kembali

2)     Mufti Perak hendaklah membatalkan kontrak APCO kerana ini yang memecahbelahkan melayu.  APCO jelas menentang Islam.  Inilah yang didukung oleh UMNO sekarang.

3)     Mufti Perak hendaklah mendesak kerajaan pusat sekarang supaya mengembalikan semula bantuan sekolah agama rakyat yang dipotong zaman Mahathir.  Ini telah menjauhkan ramai orang daripada Islam

4)     Mufti Perak hendaklah mendesak seluruh Raja-Raja Melayu (Perlis, Kedah, Perak, Selangor, N 9, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan) menerima hukum hudud dan Qisas dan dilaksanakan dalam negara.  Kuasa pelaksanaan ini adalah pada kuasa Raja.  Mufti di bawah Raja.  Kalau ini pun tak berjaya maka bagaimana mufti nak menyatukan melayu.

UMNO cukup seronok isu melayu bersatu dimainkan.  Maka orang kampung dan Felda akan terus sokong UMNO.  Orang melayu bandar dan pinggir bandar sudah menolak UMNO.  Mufti Perak memang bekerja untuk mengekalkan UMNO terus berkuasa dan tak mahu PAS berkuasa.  Ini jelas ditunjukkan Mufti Perak semasa PR memimpin Perak.

    Wahai orang Melayu tolak UMNO.  Melayu kena tolak UMNO untuk kesejahteraan beragama yang benar mengikut Al-Qur'an dan Sunnah.  Tolak UMNO

Read more...

UMNO TAK TERBUKA SEPERTI DEMOKRASI DI BRITAIN

>> Isnin, Julai 19, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) KE 129

UMNO TAK TERBUKA SEPERTI DEMOKRASI BARAT, ISLAM FOR ALL
UMNO DENGAN PENYOKONG TEGAR ORANG KAMPUNG, FELDA

Allah Taala berfirman (sesungguhnya agama yang diredhai adalah Islam)

    Dalam ayat diatas jelas Allah Taala menyebut bahawa agama untuk seluruh manusia adalah Islam.  Tiada yang lain yang dapat menyelamatkan manusia melainkan Islam.  Hanya Islam yang sesuai dengan fitrah kemanuisaan tanpa mengira manusia dari kutub Utara hingga kutub selatan.

    UMNO memilih demokrasi sebagai ideologi politiknya.  Pilihan ini adalah pilihan yang salah.  Demokrasi dibuat oleh manusia maka sudah pasti banyak kesilapannya.  Demokrasi adalah dari Barat.  Ikutlah cara dan kaedah di Barat.  Antaranya

1)     Barat bersikap terbuka,  UMNO Tertutup.

2)    Media Barat memberi peluang kepada semua parti terlibat dalam membangun negara.  Dalam debat Perdana 3 Presiden parti - Parti buruh, parti konservatif dan parti buruh demokrat.  3 Presiden parti menjawab dan membentang manifesto. Rakyat terbuka membuat pilihan. Rancangan 1 jam 30 min

       UMNO tertutup.  Pakatan Rakyat tidak dibenar berdebat dalam TV.  TV milik UMNO-BN.  Macam mana rakyat Malaysia nak memilih.  Rakyat yang ada maklumat bertindak benar.  Orang kampung dan felda terus tertipu

3)     Sama ada di Amerika atau di Great Britain, tiada istilah pembangkang.  Mereka beranggapan bahawa semua parti - nation in building.  Bersama dalam membangun negara.  Dasar negara akan terus diutamakan.

UMNO anggap bahawa ada parti musuh-pembangkang.  Tiada istilah Pakatan Rakyat.  UMNO tetap guna pembangkang.  Itu sebab UMNO terus cuba rampas kuasa di negeri PR.  Perak berjaya UMNO rampas.  Sedang cuba untuk rampas Selangor, Kedah.  Ini le kerja UMNO.  Demokrasi ala UMNO akan membawa kehancuran dan terus menipu orang kampung dan felda yang tiada maklumat

4)    Seluruh rakyat terlibat dalam proses politik di Barat.  Termasuk pelajar sekolah menengah.  Pertanyaan tentang dasar pendidikan dan kecemerlangan pendidikan di Britain hanya ditanya oleh pelajar sekolah menengah sahaja. Pelajar di Britain bukan sahaja celik komputer malahan celik politik.

UMNO tak bagi suasana ini berlaku.  Fakta sejarah saja UMNO sanggup ubah.  Nak bagi pelajar celik politik, UMNO takkan bagi.  UMNO hanya benarkan pelajar celik seks.  Subjek seks akan dikurikulumkan supaya lebih banyak anak luar nikah akan dilahirkan dan menyokong UMNO.  Sebab UMNO nak buat rumah pungut anak luar nikah.

Cukup le beberapa perbezaan terbukanya demokrasi Barat berbanding dengan Demokrasi di Malaysia. Banyak perkara mestilah diubah.  Tiada pendekatan lain melainkan ditumbangkan UMNO-BN dalam pilihanraya ke 13.  Tinggalkan UMNO.  Jangan pangkah BN kerana BN-Barang Naik

Read more...

UMNO TAK IKTIRAF TAPI BARAT TETAP IKTIRAF

>> Ahad, Julai 18, 2010




INILAH pengiktirafan Barat terhadap Nabi Muhammad saw.  Dicatat barat bahawa Nabi Muhammad saw adalah pemimpin politik.  Inilah kesyumulan Islam yang tak diiktiraf UMNO.  Barat yang sesatpun iktiraf.  Maka macamana dengan UMNO?  Tinggalkan UMNO

Read more...

UMNO SAJA TAK IKTIRAF NABI MUHAMMAD S.A.W sebagai "POLITICAL LEADER"

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 128


     Allah Taala berfirman dalam Al-Qur'an


Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul). 
Ali Imran 3:137

     Dalam ayat ini Allah Taala menyuruh umat Islam bergerak keserata bumi untuk melihat kesan yang dibuat Allah untuk mengajaran umat yang akan datang.

    Kini saya sedang berada di London.  Antara tempat yang dilawat ialah Museum Kesenian Albert.  Pergi kami ke seksyen Islam di Asia Barat.  Lihat satu seksyen takrif yang diberikan oleh Barat terhadap Nabi Muhammad saw.  Barat menyatakan bahawa

"Muhammad is a political leadar to this religious"
Muhammad adalah seorang pemimpin politik untuk agama ini"

   Kalau Barat telah memberi takrifan begini maka yang jelas menolak, hanyalah UMNO sahaja. UMNO kata Nabi Muhammad saw hanya bawa ibadah sahaja iaitu sembahyang, puasa, zakat dan haji.  Inilah kesesatan UMNO.    Wahai ahli UMNO tinggalkanlah UMNO.  Tinggalkan UMNO,  Tinggalkan UMNO.  Barat yang menentang Islam pun mengiktiraf bahawa Nabi Muhammad bukan sahaja membawa agama malahan juga suatu perjuangan untuk menegakkan kekuasaan Islam.  Kalau dah cari bukti sampai ke London, orang UMNO tak percaya lagi, aku tak tahu le.

Aku hairan kenapa orang mengaji dan belajar di England tak nak mengiktiraf Nabi Muhammad saw juga membawa kesyumulan Islam iaitu termasuk politik di dalamnya.

Kini di Leeds.  Solat maghrib 9.00 mlm waktu tempatan dan isya setengah jam kemudian.  Subuh jam 1.24 pg,,   jam 4.00 pagi dah cerah.

Read more...

UMNO TAK JAGA KEBAJIKAN RAKYAT NAIKKAN BARANG

>> Jumaat, Julai 16, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 127

UMNO TAK JAGA KEBAJIKAN RAKYAT - NAIKKAN HARGA BARANG

UMNO TERUS TEKAN RAKYAT

UMNO TERUS CEKIK RAKYAT

UMNO TERUS BEBAN RAKYAT

UMNO TAK BERHENTI NAIKKAN HARGA PETROL

UMNO-BN - BARANG NAIK (BN) UMNO-BN RUNTUH

UMNO NAIKKAN KOS HIDUP RAKYAT

UMNO TERUS AMBIL WANG RAKYAT. RAKYAT BELI PETROL DARI PETRONAS.  DIUT TERKUMPUL BANYAK UMNO GUNA UNTUK PEMBANGUNAN RAKYAT.

UMNO DAH TAK TAHU NAK MENGURUS EKONOMI NEGARA

UMNO-BN GUNA DANA AWAM UNTUK RMK 10

SEPATUTNYA SEKIRANYA EKONOMI TAK NAIK MAKA PETRAJAYA DIJUAL UNTUK MENAMPUNG KEPERLUAN NEGARA.  KERAJAAN MESTI MENJUAL SEMUA KEPENTINGAN KERAJAAN  BARULAH GUNA KAEDAH NAIKKAN HARGA.  INI TIDAK TERUS MENERUS MENEKAN KEHIDUPAN RAKYAT.

TINGGALKAN UMNO, TINGGALKAN UMNO, TINGGALKAN UMNO, TINGGALKAN UMNO UMNO PARTI YNG SUDAH GAGAL MENJAGA KEPENTINGAN RAKYAT. 

SERTAI PAS (PARTI ISLAM SEMALAYSIA)

Esok bertolak ke London 

Read more...

UMNO SESAT DALAM BAB TEKNIKAL

>> Khamis, Julai 15, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 126

UMNO SESAT DALAM BAB TEKNIKAL


     Allah Taala berfirman dalam Al-Qur'an surah Al-Baqarah ayat 2



Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; 
Chinese
這 部經,其中毫無可疑,是敬畏者的向導。 
Tamil 
இது, (அல்லாஹ்வின்) திரு வேதமாகும்;, இதில் எத்தகைய சந்தேகமும் இல்லை, பயபக்தியுடையோருக்கு (இது) நேர்வழிகாட்டியாகும்.
 

     Islam adalah agama yang sempurna dan tiada keraguan padanya.    Ini sama ada dari sudut arahan daripada Allah mahu pun pelaksanaannya.  Seluruh manusia mesti akur dengan arahan dan cuba melaksanakannya dalam kehidupan manusia.

    Untuk melaksanakan perintah Allah maka diutuskan para Rasul.  Rasul adalah petunjuk dalam melaksanakan perintah Allah.  Manusia kini tidak lagi teraba-raba untuk mencari kaedahnya sebab telah ditunjukkan oleh Rasul-Rasul Allah.

     Rasullullah saw menunjukkan bagaimana mahu melaksanakan segala perintah Allah.  Allah Taala memilih Madinah sebagai tempat beroperasi Nabi Muhammad saw.  Madinah adalah kota kosmopolitan.  Didalamnya ada berbagai kelompok masyarakat.  Bukan Arab sahaja.  Ada kaum Aus dan Khazraj.  Dua bangsa yang bergaduh selama 300 tahun.  Aus dan Khazraj didamaikan oleh Islam. Di madinah ada Yahudi dengan pelbagai kabilah.  Ada Nasrani juga dengan pelbagai kabilah.  Dalam kepelbagaian lapisan masyarakat ini Nabi Muhammad saw melaksanakan segala perintah Allah.  Perintah Allah dalam penyembahan sehinggalah kepada urusan bernegara dilaksanakan oleh Rasullullah saw.  Begitulah Nabi Muhammad saw bekerja kuat untuk menunjukkan kaedah kepada umat dalam melaksanakan perintah Allah.

    Macam mana kita hari ini?  Kerajaan yang ada pada hari ini memberi alasan-alasan yang bersifat teknikal yang akhirnya meletakkan kerajaan yang dodokong oleh UMNO-BN ini dalam kesesatan.  Apakah alasan teknikal tersebut, antaranya

1)    Tajk boleh dibuat hukum Allah kerana ada cina dan india
2)    Tak boleh dihapuskan riba kerana orang cina dan india masih hendak sistem yang menindas ini
3)    Judi tak boleh dihapuskan kerana ia sebahagian pendapatan negara
4)    Tidak boleh diwajibkan bertudung kerana negara ini adalah negara demokrasi
5)   Tiada kewajipan dalam beragama kerana agama adalah hak individu
6)    Sistem pendidikan Islam tak boleh dilaksanakan kerana kalau dilaksanakan maka pelajar tiada masa depan
 dan lain lain lagi.  Perkara pokok dalam Islam tidak dilaksanakan hanya kerana alasan teknikal sahaja.  Inilah yang menyesatkan UMNO-BN yang ada pada hari ini.

     Abu jahal dan sebahagian sahabat Nabi Muhammad saw kufur kerana menolak Isra Nabi Muhammad saw (Mekah Palestin) secara teknikal.  Mereka mempersoalkan
1)    macamana Nabi Muhammad saw berjalan dalam tempoh yang singkat
2)    perjalanan Mekah-Palestin ribuan kilometer
3)    Apakah kenderaan yang dinaiki Nabi Muhammad saw sedangkan binatang kenderaan yang ada hanyalah unta.  Untu berjalan Mekah-Palestin dalam masa 3 bulan pergi dan 3 bulan balik.

    Oleh yang demikian UMNO-BN hendaklah dijauhi kerana UMNO-BN menyesatkan orang lain.  UMNO-BN bukan sahaja mesti ditinggalkan malahan memberi undi kepada UMNO-BN juga adalah haram kerana menentang ayat-ayat Allah.  Tinggalkan UMNO,  Tinggalkan UMNO,  Tinggalkan UMNO.  Sertai perjuangan Islam yang lebih mulia dengan menyertai PAS

Read more...

UMNO PARTI HARU BIRU

>> Rabu, Julai 14, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 125

UMNO PARTI HARU BIRU

  Setelah UMNO menuduh PAS dengan tuduhan Parti Ajaran Sesat, kini UMNO ajak dan pelawa pula berbincang.  Ia adalah untuk mewujudkan kerjasama antara UMNO/PAS.

   UMNO dah tuduh sesat, kini UMNO diasak dengan beberapa pertanyaan.  Pertanyaan itu gagal dijawab oleh UMNO.  Jalan keluar tidak lain ialah berbincang.  Inilah kerja UMNO yang tidak ada kredebiliti.  UMNO kapal nya hampir karam.  Sesiapa yang bersama dengan kapal UMNO akan tenggelam bersama dengan UMNO.

   Oleh yang demikian jauhi UMNO.  Tinggalkan UMNO.

Read more...

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP