UMNO PENIPU DALAM PILIHANRAYA
>> Jumaat, Ogos 06, 2010
ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU KE 144
UMNO PENIPU DALAM PILIHANRAYA
Pilihanraya telah berjalan sebanyak 12 kali. Dari 12 kali jelas kelihatan bahawa SPR adalah komponen daripada UMNO-BN.
SPR semestinya adalah badan yang indipenden. Tidak memihak. Sekarang SPR tidak boleh begitu kerana ia diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Bila diletakkan di bawah JPM maka SPR kena ikut cakap ketuanya PM. Oleh itu ia tidak bebas.
SPR turut mengambil beberapa tindakan dalam proses Pilihanraya secara jelas menunjukkan unsur penipuan. Contoh undi pos. Undi pos di laksanakan dahulu tetapi dihitung paling lewat. Kenapa ini berlaku? Sepatutnya sebelum undian orang awam jumlah undi dari undi pos telah diketahui. Namun ini tak berlaku. Inilah kerja jahat UMNO.
Undi hantu pula. Mengapa diberi laluan kepada pengundi hantu? Ejaan nama dimanupulasi. sebagai contoh Jamaludin boleh jadi 3 iaitu
1) Jamaludin (ejaan sebenar)
2) Jamaluddin
3) Jamaldin
Inilah penipuan-penipuan yang dibuat oleh SPR? Inilah kerja jahat UMNO-BN. Itu sebab manipulasi ini kan terus berleluasa.
Belum lagi aduan pengundi di Pilihanraya kecil Hulu Selangor yang nama mereka dipindahkan tanpa kebenaran ke Parlimen lain. Terlalu banyak penyelewengan.
Oleh yang demikian, untuk lebih telus SPR mestilah terus bertanggungjawab kepada Parlimen. Barulah SPR bebas dari sebarang permintaan daripada UMNO-BN.
Undi UMNO-BN bermakna mengekalkan kezaliman UMNO-BN. Undilah Pakatan Rakyat untuk perubahan yang lebih progresif demi masa depan Malaysia
0 komen:
Catat Ulasan