#1

TAZKIRAH RAMADHAN 14 - UMNO TOLAK HUJAH NYATA AL-QUR'AN

>> Selasa, Ogos 24, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU KE 159

UMNO MENOLAK HUJAH NYATA DARI AL-QUR'AN

     Allah Taala berfirman dalam surah Yasin 1-4.


Yaa, Siin. Demi Al-Quran yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh, Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad adalah seorang Rasul) dari Rasul-rasul yang telah diutus, Yang tetap di atas jalan yang lurus (agama Islam).

Dalam 4 ayat ini Allah nak menerangkan

1.     Yasin - hanya Allah sahaja yang mengetahui maknanya.  Perkataan ini tidak digunakan oleh manusia.

2.    Al-Qur'an - Kitab Allah kepada Nabi Muhammad saw dan seluruh umat manusia.  Sesiapa yang menolak Al-Qur'an sesungguhnya dia itu telah kafir.  Dalam Al-Qur'an terdapat banyak hikmah.  Antara hikmah besar Al-Qur'an ialah ia panduan yang menyelamatkan manusia untuk kehidupan di dunia hingga akhirat.

3.     Nabi Muhammad saw adalah antara senarai nabi dan Rasul yang dikasihi Allah.  Perjuangannya diberi penghormatan oleh Allah sebagai Rasul Ulul Azmi.  Nabi Muhammad saw memimpin manusia hingga hari Kiamat.  Nabi Muhammad saw menunjukkan jalan yang benar.  Semua sunnah Nabi Muhammad saw adalah benar dan mestilah diikuti oleh umat manusia.

4.    Inilah jalan yang lurus.  Jalan yang ditunjuki oleh Nabi Muhammad saw adalah jalan yang lurus.  Jalan ini sesuai dengan fitrah manusia.  Manusia dengan fitrah agama mahukan kebenaran, kejujuran, keikhlasan, ketelusan, keadilan, kemakmuran, menjauhi penindasan, menjauhi kezaliman, menjauhi kemaksiatan.  Inilah nilai yang dibawa Rasullullah saw

     Berdasarkan huraian di atas, apakah ada pada UMNO.  UMNO suka kezaliman (ISA).  UMNO suka kepada penindasan (naikkan harga barang).  UMNO suka kepada kemaksiatan (sekolah mengandung). UMNO suka kepada rezeki haram (luluskan judi, rasuah, komisen),  UMNO suka kaut kekayaan negara (kronisme).  BUDAYA UMNO JAHAT DAN MUNGKAR YANG BERTENTANGAN DENGAN AL-QUR'AN. JAUHI UMNO.

   UNDILAH PAKATAN UNTUK KEMAKMURAN MASYARAKAT. INI DIBUKTIKAN DI KELANTAN, PP, KEDAH DAN SELANGOR.  NEGERI YANG SEDANG MENGIKUTI DAN MENTERJEMAH BUDAYA AL-QUR'AN KEPADA REALITI KEHIDUPANUNDI CALON PR DALAM PRU 13

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP