#1

UMNO MENENTANG MELAYU YANG ISLAM

>> Ahad, Ogos 08, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
GAHAM KETUANAN MELAYU 146

UMNO MENENTANG MELAYU YANG ISLAM


Sekali lagi surah hujurat ayat 13 jadikan dalil.


Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

     Islam membentuk manusia yang mahukan taqwa.  Taqwa pula mestilah kepada Allah.  Asas penilaian manusia yang dibentuk Islam ialah taqwa.  Bentuk penilaian yang berasaskan bangsa, pingat, pangkat, darjat sudah lama ditolak Islam.

    UMNO meletakkan bahawa penilaian manusia berasaskan pangkat, pingat dan derjat.  Jelas pendekatan penilaian UMNO bertentangan dengan Islam.Itu sebab selama-lamanya orang Cina dan India dalam BN tidak berminat dengan Islam sebab berbeza penilaian daripada Islam.

    Melayu mestilah diletakkan dengan kehendak Islam.  Diikat kehidupan orang Melayu dengan Islam.  Nilai-nilai Islam akan terus mewarnai kehidupan orang Melayu.  Orang melayu yang seperti ini dikatakan Melayu Islam.  Melayu Islam akan mempertahankan ketuanan Al-Qur'an dan Sunnah.  Nilai kebenaran akan terus ditegakkan.  Nilai kebathilan akan terus ditolak dalam kehidupan orang Melayu Islam.  Politik yang ditegakkan oleh Melayu Islam ialah politik kebenaran dan keadilan.  Melayu Islam akan menentang ISA dan lain-lain akta yang zalim.

    Mufti tak nak Melayu Islam.  Mufti nak Melayu Melayu.  Itu sebab perpaduan mufti berdasarkan bangsa dan bukan Islam.

    Marilah segera Melayu di Islamkan.  Melayu mesti menjadi Melayu Islam.  Jangan jadi Melayu-Melayu.
  Orang Melayu Islam mestilah tidak mengundi calon Melayu-Melayu.  TOLAK MEREKA DALAM PRU 13.  KUMPULAN MELAYU-MELAYU (UMNO) HENDAKLAH DIHENTIKAN KEZALIMANNYA. BAGAIMANA?  JANGAN LAGI UNDI CALON UMNO DALAM PRU 13

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP