#1

UMNO PENDERHAKA AGAMA

>> Ahad, Ogos 01, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU KE 139

UMNO PENDERHAKA AGAMA

Allah Taala mengiktiraf hanya Islam.  Selain daripada Islam maka Allah Taala tolak.  Nama orang yang menentang Islam juga diabadikan oleh Al-Qur'an.  Nama yang disebut oleh Allah yang menentang Islam  dan para Nabi ialah

Abu Lahab menentang Islam yang dibawa Nabi Muhammad saw

Firauan dan Qarun menentang Nabi Musa dan agama yang di bawa Nabi Musa.

Itu sebab nama Abu Lahab di kekal Allah dalam surah Al Masad.  Allah Taala berfirman


Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab, dan binasalah ia bersama! Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya. Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang. Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. - Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal. 

Jasa Abu lahab banyak, antaranya

1)    suka dengan kelahiran Nabi Muhammad
2)    membincang nama yang nak diberikan kepada Nabi Muhammad saw
3)    memberi ibu susu yang pertama kepada nabi Muhammad saw
4)    membuat pengisytiharan di Mekah dalam usaha mencari ibu susu yang kedua

Tetapi sekarang Abu Lahab berada di mana?  Abu Lahab berada dalam neraka.   Jasa yang banyak terhadap Nabi Muhammad apakah tidak dikira Allah?  Semua usaha dan jasa Abu Lahab hancur kerana menentang Islam yang dibawa Nabi Muhammad saw

Bukankah UMNO juga banyak jasa?  UMNO-BN buat jalan raya, universiti, balairaya, dewan orang ramai, rumah PPRT? DAN BERMACAM-MACAM LAGI.  Maka adakah usaha dan jasa ini akan dikira disisi Allah kalau UMNO-BN lawan hukum Allah,  UMNO-BN tak mahu hukum Allah?  Selamatkan diri anda wahai orang Melayu yang menyokong UMNO.  Belum terlambat.

    Maka segeralah meninggalkan UMNO-BN?  Tidak mengundi calon UMNO dalam PRU ke 13 nanti bermakna menghentikan kezaliman UMNO.  Marilah seluruh orang Melayu tidak mengundi UMNO-BN kerana mahu menghentikan kezaliman UMNO-BN.  Seluruh undi orang Melayu adalah kepada Pakatan Rakyat dalam PRU ke - 13. AMIN

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP