TAZKIRAH RAMADHAN 1- UMNO AJAR UMAT ISLAM HANYA PUASA SAHAJA
>> Ahad, Ogos 08, 2010
RAMADHAN KAREEM - TAZKIRAH 1
PERINGATAN DALAM MELAKSANAKAN
IBADAH RAMADHAN
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (Al Baqarah ayat 183)
Dalam Al-Qur'an Allah meletakkan tanggungjawab yang sangat jelas terhadap orang yang beriman iaitu melaksanakan ibadah puasa. Dalam yang di atas jelas Allah Taala meletakkan perkataan kutiba yang membawa makna diwajibkan keatas kamu. Lalu manusia yang beriman pun melaksanakan ibadah ini engan tekun. Dalam Al-Qur'an ada 13 perkataan kutiba yang merupakan kewajipan tetap dan general order kepada seluruh umat manusia yang beriman kepada Allah. Antaranya
Kutiba alaikum mul Qisas - diwajibkan atas kamu hukum Qisas
Kutiba alaikum mus Siyam - diwajibkan atas kamu berpuasa
Kutiba alaikum mul Qital - diwajibkan atas kamu berperang atas nama mempertahankan Islam
Kutiba alaikum Idza Hadara ahadaku mul maut - diwajibkan atas kamu mengadakan wasiat apabila menghadiri kematian
Jelas bahawa umat islam mahu sahaja mengambil kewajipan puasa tetapi meninggalkan kewajipan Qisas dan kewajipan berperang. Seolah-olah dalam menyambut Ramadhan ia adalah satu-satunya kewajipan dalam Islam. Tiada lagi kewajipan lain. Inilah yang diajarkan oleh penjajah kepada umat Islam.
Kewajipan jihad untuk menegakkan hukum Allah seperti tiada dalam Islam. Kewajipan jihad untuk mempertahankan Islam juga seperti tiada dalam Islam. Semua ini dikongkong oleh pemerintah dan kerajaan yang ada. Hingga umat Islam sudah menganggap hanya ada kewajipan puasa sahaja dalam Islam. Sedangkan arahan kutiba adalah sama pada hukum Allah dan melaksanakan jihad mempertahankan Islam.
Begitulah yang dilakukan oleh UMNO. Media disekat daripada menyatakan kebenaran. Forum Perdana yang disiarkan oleh TV juga menjurus perbincangan hanya untuk melaksanakan suruhan puasa. Manakala panel yang membicarakan hal yang lebih syumul seperti melaksanakan Qisas atau jihad maka panel akan digam oleh UMNO. iNILAH PENENTANGAN YANG DIBUAT OLEH UMNO DARI DULU, KINI DAN SELAMANYA. Ini kerana UMNO memisahkan agama dari kehidupan. UMNO hanya memahamkan suatu juzu' daripada Islam kepada umat. Puasa tidak akan mengancam UMNO. Manakala Qisas dan jihad akan mengancam UMNO. Maka faham Qisas adalah wajib dan jihad adalah wajib mestilah segera dihapuskan. Oleh kerana UMNO menentang Qisas dan Jihad maka UMNO mestilah ditentang, dilawan dan dikalahkan.
Maka berubahlah menjadi Melayu Islam yang mahu mempertahankan Al-Qur'an dan Sunnah. Melayu Islam akan mengundi parti Islam dalam PRU 13 untuk menegakkan Qisas dan jihad
0 komen:
Catat Ulasan