TAZKIRAH RAMADHAN 12 - PENILAIAN DI SISI ALLAH ADALAH TAQWA
>> Jumaat, Ogos 20, 2010
ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU 157
ISLAM MENILAI BERDASARKAN TAQWA
KETUANAN MELAYU MENILAI BERDASARKAN JASA
Allah Taala berfirman dalam surah Al-Hujurat ayat 13
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
Berdasarkan ayat diatas jelas bahawa yang menjadi perkiraan dalam membuat penilaian di sisi manusia ialah taqwa. Tanpa taqwa tiada nilai disisi Allah. Tanpa iman tiada apa-apa erti disisi Allah.
Berikut adalah beberapa nama yang disebut dalam Al-Qur'an
1) Isteri Nabi Nuh - dalam neraka dan keazaban Allah
hidup dengan nabi Nuh 950 tahun. Tetapi dihujung hayatnya isteri Nabi Nuh bersama masyarakat menuduh Nabi Nuh gila kerana membuat kapal di tengah bandar. Tiadakah jasa isteri Nabi Nuh?
2) Firaun - dalam neraka dan keazaban Allah
Firaun membela nabi Musa selama 21 tahun lamanya. Firaun memberi makanan kepada Nabi Musa. Membesarkan Nabi Musa dalam istananya. Bukankah jasa Firaun banyak? Namun ia tidak dihitung di sisi Allah. Kini penentangan Firaun terhadap Nabi Musa tidak melayaknya masuk syurga Allah
3) Abu Lahab - dalam neraka dan keazaban Allah
Jasa Abu Lahab juga banyak terhadap nabi Muhammad saw. Antara jasa Abu Lahab
- seronok dengan kelahiran Nabi Muhammad saw
- Abu Lahab antara yang menetapkan nama kepada Nabi Muhammad saw
- Memberi ibu susu yang pertama kepada nabi Muhammad saw, Thuwaibah
- mencari ibu susu kepada Nabi Muhammad saw, Halimatus Saadiah
Cukuplah 3 nama sebagai pengajaran kepada manusia kini. Banyak lagi nama dalam Al-Qur'an. Pimpinlah kehidupan anda kepada yang dikehendaki Allah dan Rasul
JAUHI UMNO KERANA UMNO MENENTANG ISLAM, UMNO MENENTANG HUKUM ALLAH, UMNO TAK MAHU LAKSANA ISLAM, UMNO AMBIL ISLAM SECARA TERPISAH DARI YANG DIKEHENDAKI AL-QUR'AN
UNDI ANDA DALAM PRU 13 ADALAH PENTING. UNDILAH CALON PR UNTUK PERUBAHAN YANG LEBIH BAIK. INI LAH YANG BERLAKU DI KELANTAN (20 TAHUN), PP, KEDAH, S'GOR.
0 komen:
Catat Ulasan