#1

UMNO PENDERHAKA EKONOMI BANGSA

>> Isnin, Ogos 02, 2010

ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU (UMNO) 140

UMNO PENDERHAKA EKONOMI BANGSA

    Telah lama berjalan kerana kerajaan ini adalah diketuai UMNO-BN.  Penderhakaan UMNO-BN terhadap ekonomi bangsa sangat jelas.  Terbukti bahawa

1.     Dasar Ekonomi Baru (69-99) pencapaian pegangan ekuiti bumiputra ialah sekitar 19.8%.
2.    Dasar Pembangunan Nasional (2000) meneruskan dasar pengagihan ekonomi ikut kroni UMNO-BN
3.    Dasar ekonomi Buku Hijau (2003) juga meneruskan pengagihan ekonomi ikut kroni UMNO-BN
4.    Model Ekonomi Baru (2010) juga meneruskan pengagihan ekonomi ikut kroni UMNO-BN

    Pernyataan dalam Model Ekonomi Baru (MEB) jelas menunjukkan bahawa pegangan ekuiti ekonomi bangsa Melayu ialah kekal dengan angka 19.8 %.  Inilah penderhakaan UMNO terhadap bangsa melayu.  Mengekalkan ekonomi pada tahap yang rendah.

    Ini dibuktikan lagi dengan pendapatan isi rumah rakyat Malaysia mengikut bangsa. 

Pendapatan isi rumah bangsa cina RM 3,500 - RM 5,000
Pendapatan isi rumah bangsa India RM 2,500 - RM 3,500
Pendapatan isi rumah bangsa Melayu RM1,500 - RM 2,500

UMNO memimpin Malaysia 53 tahun lamanya telah gagal membangun ekonomi bangsanya sendiri.  Inilah penderhakaan UMNO terhadap ekonomi bangsa.  Kerana apa ini berlaku?  Antara sebabnya ialah

1. apabila kroni UMNO dapat sesuatu projek mega maka projek tersebut di subkan kepada kontraktor cina.  Sehinggakan ada suatu tanggapan bahawa kontraktor cina tak perlu bersusah memperolehi projek atau tender kerajaan kerana mereka tahu kroni UMNO itu akan memberi kontrak tersebut kepada kontraktor cina.  Ini juga penderhakaan UMNO terhadap ekonomi bangsa.

2.   Projek kerajaan adalah tender langsung dan tidak terbuka.  Tender langsung adalah untuk kroni UMNO.  Ini juga adalah penderhakaan UMNO terhadap ekonomi bangsa.  Kontraktor yang menyokong Pakatan Rakyat tak dapat.  UMNO berhujah mereka bagi juga.  Daripada 10 projek hanya 1 projek yang diberikan kepada kontraktor yang menyokong PR.  Itu heboh satu alam.

3.   Melantik kontraktor yang sudah gagal.  Kontraktor yang membina Stadium Al-Mizan di Terengganu Darul Runtuh.  Stadium yang dibina kontraktor ini RUNTUH.  UMNO-BN LANTIK PULA KONTRAKTOR YANG SAMA BAGI MEMBINA ISTANA NEGARA YANG BARU.  KOS PEMBINAAN MENINGKAT.  DARI RM650 JUTA KE RM 800 JUTA. INILAH PENDERHAKAAN UMNO TERHADAP EKONOMI BANGSA MELAYU.

   Apakah anda percaya lagi terhadap UMNO-BN?  Mahu undi lagi calon UMNO-BN dalam Pilihanraya Umum ke -13 nanti?  Semua ini memerlukan perubahan.

 Undi anda bermakna sekiranya anda memberi undi kepada calon UMNO-BN maka anda mengekalkan penderhakaan UMNO-BN terhadap ekonomi bangsa.

UNDI ANDA UNTUK PAKATAN RAKYAT (PAS, KEADILAN, DAP) BERMAKNA ANDA MAHUKAN PERUBAHAN.  UNDI UNTUK PERUBAHAN DALAM PILIHANRAYA KE-13.

0 komen:

Catat Ulasan

Pandangan anda mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah dan berilmu.

Arkib Blog

Biodata

Foto saya
Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Perak. Berkelulusan Sarjanamuda Sains dan Pendidikan (Pengajian Islam) UTM

Teman Seperjuangan

Teman Seperjuangan

  © Blog Ustaz Wan Ahmad Tarmizi telah direalisasikan pada 19 Feb 2010 © All Rights Reserved 2010

Back to TOP