TAZKIRAH RAMDHAN 13 PENURUNAN AL-QUR'AN - UMNO LAWAN SEPERTI QURAISH LAWAN
>> Isnin, Ogos 23, 2010
ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU KE 157
PENURUNAN AL-QUR'AN - UMNO LAWAN AL-QUR'AN
SEPERTI QURAISH LAWAN
Dalam Surah Al-Qadr ayat 1 Allah Taala menceritakan hal penurunan Al-Qur'an
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
Dalam ayat ini Allah Taala membuat penegasan kaedah penurunan Al-Qur'an iaitu pada malam Al-Qadr. Dari Luh Mahfuz Allah Taala menurunkan sekali gus ke langit yang paling bawah pada malam Al-Qadr (Lailatul Qadr). Dari langit yang paling rendah ini kepada Nabi Muhammad saw selama 23 tahun atau ada ulama menyatakan 22 tahun 2 bulan 22 hari.
Bangsa Quraish menentang penurunan Al-Qur'an. Macam mana mereka menentang penurunan Al-Qur'an? Contoh mereka mengatakan kepada Nabi Muhammad saw
1) Nabi Muhammad saw dihina (UMNO hina PAS)
2) Nabi Muhammad saw dikatakan tidak membawa kemajuan
(UMNO kata kalau PAS memerintah tidak ada kemajuan, yang boleh membawa kemajuan hanya UMNO shj)
3) Pengikut Nabi Muhammad saw di azab
(Ahli PAS yang bekerja ditukar tempat kerja yang jauh Sabah-Sarawak)
Begitulah penentangan Quraish terhadap Nabi Muhammad saw. UMNO juga menentang penurunan Al-Qur'an dengan meletakkan negatif terhadap perjuangan Islam. Nabi ditentang oleh Quraish. PAS ditentang oleh UMNO. Quraish menentang Al-Qur'an. UMNO juga menentang Al-Qur'an,
JAUHI UMNO. UMNO MENENTANG AL-QUR'AN. JANGAN UNDI CALON UMNO DALAM PRU 13
UNDILAH CALON PAKATAN RAKYAT DALAM PRU 13 UNTUK KESEJAHTERAAN UMAT. INI YANG SEDANG BERLAKU DI KELANTAN, KEDAH, PP DAN SELANGOR
0 komen:
Catat Ulasan