TAZKIRAH RAMADHAN 9 - KEWAJIPAN BERPERANG DALAM MENEGAKKAN HUKUM ALLAH
>> Selasa, Ogos 17, 2010
ISLAM MENENTANG FAHAM KETUANAN MELAYU
FAHAM KETUANAN MELAYU KE 154
KEWAJIPAN BERPERANG UNTUK
MENEGAKKAN HUKUM DAN AGAMA ALLAH
UMNO BERPERANG UNTUK MENEGAKKAN KEBATILAN?
Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
(AYAT SURAH AL-BAQARAH 216)
Allah Taala dalam ayat ini sekali lagi menggunakan perkataan kutiba (diwajibkan atas kamu). Bagaimana tugas dan tanggungjawab ini dilaksanakan dalam kehidupan orang yang beriman? Ahli UMNO semuanya adalah orang yang beriman. UMNO memegang tampuk kekuasaan. Apa yang UMNO buat? UMNO berjuang untuk menegakkan kebatilan dan bukan hukum dan agama Allah. Sedangkan dalam memberi makna Islam, para ulama menyatakan makna Islam, iaitu
1) mentauhidkan Allah dalam seluruh aspek kehidupan
2) menyembah Allah yang esa
3) melaksanakan ibadah seperti yang ditunjukkan Nabi Muhammad saw
4) mengurus seluruh tuntutan kehidupan berdasarkan Al-Qur'an
5) berjuang untuk melaksanakan hukum Allah dalam kehidupan masyarakat
Inilah makna kehidupan yang Islami. Para ulama tidak lupa menyatakan bahawa mencari, berjuang untuk melaksanakan hukum Allah adalah salah satu dari makna Islam. Macamana dengan Islam orang UMNO? Kekuasaan di tangan orang UMNO. tetapi UMNO berperang atau berjuang untuk hukum manusia yang batil. SEGERA JAUHI UMNO YANG TIDAK MAHU BERJUANG MENEGAKKAN HUKUM ALLAH.
UNDILAH CALON PAKATAN RAKYAT DALAM PRU-13. UNDI ANDA ADALAH UNTUK PERUBAHAN YANG LEBIH BAIK.
0 komen:
Catat Ulasan